30 November 2016

.Kemasukan ke Sekolah SRAI.

SRAI singkatan bagi Sekolah Rendah Agama Integrasi. Sekolah rebutan para ibu bapa di Selangor & Wilayah. Kenapa rebutan?..Sebab pertama ianya adalah sekolah agama. Kedua waktu persekolahan tak sama dengan sekolah kebangsaan dimana waktu persekolahan SRAI bermula jam 7.30am - 3.30pm. Akademik & Agama di 1 sekolah sahaja. SRAI hanya ada 11 buah di daerah Selangor. Eh ku hanya berbicara di SRAI area Selangor je tau. Walaupun di Wilayah pun ada SRAI. 


..sumber dari portal SRAI Selangor..

Pendaftaran SRAI selalunya di buka selama sebulan bermula April. Maka yer parents kene alert bab ni jika mahukan anak belajar di SRAI. Why kene alert sebab semasa pendaftaran, akan ada sekali Buku Panduan & Contoh soalan peperiksaan kemasukan SRAI. Borang pendaftaran hanya di edarkan di pejabat sekolah SRAI kawasan anda. Makanya kene la ke pejabat sekolah pada waktu pejabat di buka. Buku panduan berharga RM10 sebuku. Limited buku panduan ni. Sapa cepat dia dapat kaedahnya. 


..Borang kemasukan..

Oh sebelum terlupa. Perlu di ingatkan sebelum mendaftar anak ke SRAI, WAJIB mendaftar anak ke Sekolah Kebangsaan terlebih dahulu. WAJIB ya!. Salah 1 syarat WAJIB mendaftar anak ke SRAI. Borang pendaftaran perlu di lampirkan sekali bukti yang anak sudah berdaftar di Sekolah Kebangsaan. Maka yer parents kene alert akan pendaftran 2 sekolah. 

..Antara Buku Panduan & Koleksi Soalan SRAI, (belah kiri tu latest)..

Tips anak berjaya masuk SRAI??..Macam ku, ku korek segala tips dari officemate yang mana anak-anak dorang bersekolah di SRAI. Paling penting anak sudah pandai membaca bahasa melayu, english, jawi serta arab (basic), mengira, mewarna. Soalan exam kelayakan meliputi 6 subjek : Bahasa Melayu - English - Jawi - Arab - Matematik - Sains. Susah sangat ke soalan exam kemasukan tu?.. Masa memula baca koleksi soalan latihan tu macam..WOW..susahnya untuk budak 6yr. Tetapi sebenarnya di Tadika memang da di dedahkan dengan soalan sebegitu rupanya. Perbanyakkan latihan untuk anak, kalau boleh beli buku latihan darjah 1. Kebanyakkan soalan lebih cenderung pada soalan di peringkat darjah 1. Jangan susah hati, begitulah sistem pembelajaran sekarang. Even di Tadika da di ajar asas soalan darjah 1. 

Kalau rajin, google sahaja koleksi soalan latihan darjah 1. Compile kan semua then print out, jangan tumpu pada koleksi dari buku panduan semata. Perbanyakkan soalan lagi bagus. Exam akan bermula awal pagi selama 4 jam. Ujian bukan setakat ujian bertulis semata tetapi ada juga ujian bacaan. Akan di panggil sorang demi seorang datang ke depan dan di minta membaca text yang di beri. Keputusan ujian akan di keluarkan sebulan selepas ujian. Boleh semak di laman sesawang JAIS 

Seandainya anak kita BERJAYA memasuki SRAI, perlulah memberi keputusan segera kepada pihak sekolah dengan memberi slip lampiran jawapan yang di sertakan bersama surat tawaran sekolah. Part ni sangat penting ya!. Kerana ada sesetengah parents sengaja mendaftarkan anak mereka menduduki UKS ni untuk lihat kemampuan anak dorang semata untuk ujian di sekolah lain. Ya, itu pengakuan sendiri dari pihak sekolah. Pada mulanya macam tak percaya jugak tetapi ada ya!. Bila anak mereka sudah di terima masuk sedangkan anak mereka akan bersekolah di sekolah lain, makanya kuota akan bagi anak tersebut akan di ganti dengan mereka yang membuat rayuan kemasukan. Ya, ada juga sistem rayuan. Boleh mohon sejurus keputusan UKS di keluarkan. 

**Kita akan bersambung pula step selepas BERJAYA dlm UKS di next entry ya!**

mAr@ZiEy

08 November 2016

.1st Step - Done.

1st step selesai, betapa lama aku bertangguh untuk buat tapi demi kesihatan jangka panjang gagah kan juga.

Result keluar seminggu selepas prosedur pertama selesai. Dapat panggilan dari Pusat Kesihatan, malam tu da berdebar lain maciaammm..Gerun takut cuak segalanya. Sebab aku dapat agak aku mempunyai simptom kesemuanya. So aku kene bersedia dari segi segala aspek. Baik mind aku or orang keliling aku especially suami la. Aku kena set kan juga mind dia supaya bersedia dari segala jangkaan.

Esoknya aku mensibukkan diri dari buat segala kerja supaya aku tak terlalu fokus pada result ujian. Hanya Allah je tau betapa takutnya aku tatkala jangkaan aku tepat. Segala persediaan, rawatan semua aku selidik. 

Appointment da set dengan Pakar Sakit Puan. Doktor terangkan result ujian. Terpaku kejap jangkaan aku tersasar sikit tapi masih perlu di beri perhatian. Maka yer kes aku di refer ke GH untuk rawatan dan penyelidikan lanjut. Allahurabbi, doktor cakap usia aku 30 tahun ni masih di kira aku detect awal dan masih boleh di cegah dengan rawatan paling minima. Ketakutan aku hilang 1-1 dengan apa yang doctor cakap. Masih perlukan ujian lanjut. So aku buat Healthy Screening terus supaya takde benda lain tercalit. Result masih belum dapat. Berserah sahaja now dan make life happy ja. Cuba buat perkara yang boleh bikin hati dan pemikiran ku lapang tanpa kusut. Healthy life datang dari happy mind, betul kan..So happykan mind soul kita dengan perkara yang ku sukai. 

mAr@ZiEy

01 November 2016

.Ujian Datang Tanpa Di Duga.



.. Abu said dan Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW pernah berkata bahwa segala bentuk penderitaan, kegundahan, kesedihan, kerisauan yang orang muslim alami merupakan wujud dari penebusan dosa yang ia lakukan. Jadi, semakin banyak ujian yang kita alami, semakin rindu Allah kepada kita. Mendekatlah Padanya dan Pujilah namaNya......


mAr@ZiEy

14 June 2016

.Tips Ajar Anak Berpuasa.

9 Ramadhan 1437H, masuk minggu ke 2 berpuasa. Tahun ni tahun baru buat 'Aish sebab dia bakal di ajar berpuasa. Actually dia 2 bulan sebelum berpuasa lagi da sibuk tanya bila nak puasa, bila nak kejut dia sahur. Sebab di tadika cikgu da ajar dengan lebih detail, masa umur 5 tahun cikgu hanya ajar apa itu Puasa. Tahun ni lebih detail. Dalam masa 2 bulan sebelum Ramadhan aku ajar dia, "If U nak puasa, U kene solat 5 waktu dulu, tak solat tak boleh puasa".. Since dengar aku warning camtu, memang dia full solat 5 wakt. Pergi rumah babysitter pun dia suruh aku remind pengasuh dia supaya tengok dia solat Zohor & Asar. Kain telekung memang bawa ke hulur ke hilir.

Ingat, puasa hanya rukun Islam ke 3, perlu di utamakan ialah Solat 5 waktu dulu iaitu rukun Islam ke 2, jangan ajar anak secara mendesak tetapi ajar anak bila dia sendiri rela dengan sendiri. Bermacam cara sebenarnya nak tarik anak berpuasa, aku kadang jeles bila anak kawan ku yang sebaya 'Aish dapat berpuasa full..Tp puasa adalah tanggung jawab ke 2 kita untuk mengajar anak, utamakan solat terlebih dahulu.. Seminggu sebelum puasa, aku keep remind 'Aish yang minggu depan kita akan berpuasa, siang hari tak boleh makan minum, milk pun tak boleh, sampai azan ke 4 (Maghrib). 

Sahur pertama, agak susah juga nak kejut, tapi sebab lampu terpasang dia bangkit juga. As usual dia memang takde selera makan nasi. Eh sebelum terlupa, sebelum aku kejut dia sahur, aku akan bagi dia minum susu sebotol dulu. Iyer 'Aish masih hisap susu dalam botol lagi. Aku okay je asalkan dia nak minum susu..hihi.. Time sahur aku buatkan Oat + Nestum. Makan banyak juga then bagi dia minum air masak, kurma sebiji. Hari pertama puasa tewas juga sebab nampak adik dia makan. T______T

Hari ke 2 sahur, masih sama Oat + Nestum, sesambil aku makan suap 'Aish sekali. Actually tu makanan sahur aku juga..hihi.. Hari ke 2 puasa asingkan dengan adik, minta pengasuh asingkan 'Aish if adik nak makan, jam 12pm dia da start letih. Msg pengasuh biarkan je dia makan minum if dia nak. Tetapi dia tak nak, katanya sayang..dia nak puasa juga. Jam 4pm msg pengasuh lagi, pengasuh cakap 'Aish still puasa. Tau tak feeling sorang ibu bilamana anak sulung dapat bertahan lapar dahaga sampai jam 4pm. Menitik gak air mata ni..hahaha.. **ini perkara betul yer..hihi**.. Terus msg hubs beritahu ambil awal sebab anak puasa buat julung kalinya. Kemain kan..

Ambil dari rumah pengasuh kita bagi reward la sikit bawa dia pi beli juadah di Bazar, kemain tau semua nak..tapi tak la semua kami beli untuk dia, still bertapis. Sesampai di rumah dia da start merengek nak minum, makan..Offer juga dia makan minum tapi dia tak nak, lagi beberapa minit nak berbuka dia da makan, T__________T. Keciwa juga la kan sebab dari pagi tahan lapar dahaga tapi nak buat macam mana, nama pun kanak-kanak.

Esok kita kejut lagi sahur sebab 'Aish sendiri remind malam tu supaya kejut dia sahur. Oat + Nestum jadi makanan sahur kami 2 orang, Abah makan nasi. Till jam 5pm, pengasuh message beritahu 'Aish still berpuasa, ok this time takde la air mata tumpah..hihi.. Sesampainya di rumah pengasuh 'Aish segar je, tak macam semalam sangat lemah sebab penat. Dia request buku, as usual dia ulat buku, beli kan buku. Sampai rumah dia ralit dengan buku sampai la waktu berbuka. Alhamdulillah berjaya puasa tanpa paksaan anak sulung ku ni. 

Bukan banyak pun tips aku gunapakai ni, paling penting jangan paksa anak untuk berpuasa, if dia rasa dia nak puasa, kita support, offer dia makan or minum if nampak dia letih. Jika dia tak mau juga berbuka sokay, kita bagi dia rehat. Rewardkan mereka dengan something yang melekakan dorang, ade orang offer duit, tapi kami bukan sejenis orang yang ajar anak duit sangat. If anak suka Hot Wheel, offer dia if dia puasa penuh 2 ari penuh dapat 1 car..Try manipulate anak, setiap parents tau how to manipulate anak kan. 

Setakat hari ini 'Aish berjaya puasa penuh walaupun godaan adik-adik sentiasa ada sebanyak 5 hari. Permulaan yang sangat baik, minggu ni agak letih berganda sebab sekolah da bermula, 1st day sekolah da tewas sebab letih sangat, sokay kakak. Mama dapat bagi pensil je sebab puasa sampai jam 2pm..Hehehe..Maka ye Mama kene beli 1 rak buku or box khas untuk buku-buku 'Aish la.

mAr@ZiEy

03 June 2016

.Exam Pemilihan Darjah 1.

Sehari sebelum #MBD2016 tu, 'Aish ade exam kemasukan di SRAIBBB. Ade 603 calon semuanya. Yang terpilih dalam 200++ rasanya. Kita mencuba je, if ade rezeki 'Aish bersekolah di situ, Alhamdulillah. Why pilih SRAI??.. Sebab sekolah agama & sekolah tu sesi pembelajaran dari pagi ke petang siap makan tengahari di sediakan. Memang idaman setiap ibu bapa yang ada la kot. Persediaan buat 'Aish biasa je takde la mendesak sangat, kita ikut style dia belajar je. 'Aish bab nak belajar dia takde masalah apa-apa sebab tu kami tak mendesak sangat, 10 buku latihan dia buat habis, kami just repeat balik je buku-buku latihan tu. Walaupun soalan SRAI ada yang rasa susah bagi tahap budak 6 tahun. 

Angka giliran 'Aish ialah 013/603 : Dia kene duduk dalam kelas 1 sebab 30 pelajar terawal daftar. Abis aku 1 April da pi register sebab kejarkan buku koleksi soalan peperiksaan. Punya la risau abis kan..hihi. Dalam kelas 1 ade 2 orang kawan seTadika dia, kemain seronok dia jumpa kawan dia. Hilang nerves aku (eh aku yang nerves..hihi) . Actually aku nerves sebab 'Aish tak pernah alami situasi peperiksaan. Tadika dia tak amalkan sistem peperiksaan cuma penilaian one by one camtu di sekolah. 830am - 1130am waktu exam. Kematu mak tunggu dia abis exam, tapi dia boleh borak-borak dalam kelas dengan kawan dia. Main solek-solek bagai. Sabo je la..


Kelas 'Aish belah kiri

Sementara anak exam, ibu bapa di beri taklimat.

Moga ade lah rezeki 'Aish di sini if takde kita try Kafa Integrasi ke, Sekolah Pendidikan Islam under Prof Dato Dr Harun Din tu. 

mAr@ZiEy

#4 : Milo Breakfast Day 2016

Dari awal tahun 2016 aku da menunggu registration #MBD2016 ni, sebab memang event yang di tunggu saban tahun rasanya. Sebab nak minum air milo dari van milo sepuasnya secara FREE!!.. Also breakfast secara berjemaah, open table besar punya. Aku sarankan tahun depan join 1 family lagi best, seronok wei tengok anak beranak lari sesama. Ade tu anak menangis sebab tak nak lari la, sepanjang 3KM la anak dia menangis menjerit non-stop, tapi jalan jugak tu sampai Finisher. Tabah betul si ayah tu, salute Bro. 

As usual aku plan lari sorang diri je. Tetapi ade peserta last minit, 'Aish bangkit awal then nampak aku bersiap then pakai baju ade bib no. Dia da tau da if ade bib no tu makna yer aku nak lari la tu. 'Aish & Anna memang menunggu aku lari sebab depa nak ikut, tapi since kes 7KM tu aku da tobat nak bawa dorang, then pikir balik. Ok la kot aku lari 3KM je la walaupun asalnya aku lari 5KM. Dek kerana 'Aish ikut aku lari 3KM je, lari santai.




'Aish marah aku time ni sebab dia nak duduk depan sekali, da tak boleh ke depan da sebab orang da stop sambil tunggu di lepaskan. Dia kalau boleh nak lari dulu dari orang lain haha..mana boleh kan. Maka yer kami stuck di situ. Lautan Hijau betul pagi tu, 'Aish takde baju hijau maka yer pakai baju putih je. Orang cakap jogging or lari ni memenatkan dan kalori lambat hilang, pada aku setakat nak senaman santai ok je, bawa seisi keluarga bersenam bersama. Nak sihat kene la bawa sekali orang tersayang, jangan untuk diri sendiri je nak sihat, balance kan diri dan keluarga gitu. 






Permulaan lari la jugak, then 'Aish da mula penat, aku lari dia marah, bila berjalan dia merajuk sebab aku jalan lambat. Dia da kedepan aku still di belakang, 1km terakhir dia da start lari laju, aku kejar la dia takut hilang. Laju juga anak dara tu lari, ade ciri-ciri menguasai kebolehan Mama ni as Olahragawati ni..hahaha..  Aku kalau boleh nak anak-anak aku aktif sukan outdoor compare indoor. Lentur dari awal yer dak..hihi


Kali ni peserta di jangka seramai 14k orang sertai #MBD2016 ni. Tu yang berdaftar, yang non register tu pun ramai. Sebab tu kali ni depa bagi booth utk pembahagian medal & goodies. Yang seronok #MBD ni ialah goodies yang depa bagi banyak dan menarik. Seronok betul. 


Medal #MBD2016 - Lawa custome made medal kali ni




Lepas lari ade persembahan Zumba, Capoeira, Cheerleaders, etc.. MC kali ni adalah Hanif dari ERAFM & spe ntah perempuan sorang lagi. EraFM & HotFM ade buat siaran luar juga pagi tu, sempat lah jumpa Ray, Hanif, Ajak Shiro & Haziq. Seronok. Apa-apa pun tahun depan 1 family akan join, fee pun murah if 1 family.

mAr@ZiEy