11 September 2009

..Lailatul Qadar..~

10 malam terakhir Ramadhan sudah tiba..
Malam yg di tunggu oleh sekalian umat Islam..

Bagaimana mendapatkan Lailatul Qadar?

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : "Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir” ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Sebahagian para Ulama menyifatkan malam 27 Ramadhan adalah malam Lailatul Qadar

Rahmat Lailatul Qadar

فعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : دخل رمضان فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن هذا الشهر قد حضركم وفيه ليلة

خير من ألف شهر من حرمها فقد حرم الخير كله ولا يحرم خيرها إلا محروم
رواه ابن ماجه

Ertinya: "Daripada Anas bin Malik katanya Apabila masuk bulan Ramadan , Rasulullah SAW bersabda Telah datang kepada kamu bulan ini, padanya ada satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan barangsiapa yang diharamkan daripada mendapatkannya maka ia diharamkan dari mendapat semua kebaikan , tiadalah terhalang daripada mendapatkannya kecuali orang yang diharamkan dari mendapat kebaikan."

وعن عائشة رضي الله عنها : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم من قام رليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
متفق عليه

Ertinya: "Daripada Aisyah RA Rasulullah SAW bersabda Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."

...XOXOXOXO...

mAr@ZiEy

No comments: