12 April 2010

.Adat Melenggang Perut.

Sape pernah buat adat ni..
Dalam salasilah keturunan aku..
Takde sorg pun yg buat adat ni..hahaha..
Kalau ade pun..sah aku tak tau..hehehe

Selalu yer org yg buat adat ni org2 belah selatan..[Johor la tu..]
Tp..takde plak makcik2 aku bising pasal adat ni..
Al-maklumlah...makcik2 aku tu kuat benor adat yer
Mama...hermmm...tau..tp buat2 tak tau..hehehe...

Ok..meh aku ceritai adat ni..

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini.

Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku [RM1.25] di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Oh...aku mmg tak tau akan buat adat ni atau tak..
Tp cam akan buat je..coz aku kan cucu perempuan pertama dalam keluarga nenek aku..
So..dorg cam xcited terlebih plak bile aku pregnant ni..heheh..
Even Mama cool je cam takde pape berlaku..hahaha

psssttt: masih relevan lg ke adat ni...waaaa..

...XOXOXO...

mAr@ZiEy

6 comments:

:: p R i n c E s S _ N :: said...

yunk...N pnh dgr psl hukum adat ni..mcm haram sbb mirip kpd hindu ke apetah...tp mmg org2 y kuat adat ni mmg akn wat jgak...N pn x cnfirm sgtt psl hukum nyerr..better u refer to y lebih arif bab agama ni...

♥z@z@♥ said...

yunk, aku xde la wat melengggang perut bagai nie..tp just jamah² perut jek pastu wat kenduri doa selamat..nenek aku bidan so dia la yg akan pegang perut aku..huhu..

maybe ada la kot dia nyer step tp aku xtau sgt..aku kasik kat org tua buat jek..aku bagi perut je..heheh..
mungkin aku wat awal bln 8 kot sblom pose sbb mak aku ckp kene wat mase kalendar islam turun..ntah aku pun x paham sgt..ikut je..

Puan Jiha said...

Jiha penah come across yang melenggang perut ni wajib ditinggalkan cos khurafat dan tahyul... takut jugak nak buat

mAr@ZiEy said...

N..

Yeke..aku tak tau plak psl hukum adat ni..nnti aku check hukum adat ni..ish..risau aku kalau haram..

mAr@ZiEy said...

Zaza

Oo..yeke..aku tak tau lg buat ke tak kenduri ni..tp kalau ikutkan plan..due aku time raya..so..insyaAllah time raya akan buat 1 majlis doa selamat ckt..tp kat kg aku kat Johor..

mAr@ZiEy said...

Sis Jiha

Really??..kalau wajib di tinggalkan tu maknanya HARAM la tu..ish tak mau la buat