01 April 2010

.Strech Mark.

Ok kengakawan..kali ni aku nak bercerita about Strech Mark ok..
Strech Mark aka Kesan Rekahan Kulit
Meh aku stori mori about Kesan Rekahan Kulit ni..

Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadang kala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang cepat hingga menyebabkan kulit hilang keanjalannya.


Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut [kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan], di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan.

Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi mengelak dari terjadinya stretchmark :

1. Sekiranya anda bercadang untuk hamil, mulakan dari sekarang dengan cara menyapu losyen dibahagian perut, punggung dan paha. Tujuannya adalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Ini juga membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.

2. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit. Cara lain ialah dengan menyapu Bio Oil iaitu sejenis minyak yang digunakan untuk membantu mengurangkan kesan regangan. Bio Oil ini boleh didapati di farmasi dan kedai ubat.

3. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda. Ye lah,kalau kulit kita sentiasa lembap dan anjal, pasti lambat berkedut bukan?

4. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.

5. Banyakkan mengambil buah-buahan, air masak, minuman yogurt dan susu segar agar tubuh mendapat bekalan air yang cukup.

Ni antara beberapa produk yg di gunakan utk menghilangkan Strech Mark

+ Produk yg aku gunakan sekarang +

Walaupun takde lg pengeluaran Strech Mark kat perut aku..
Tp..aku tetap pkai Baby Oil ni..
Actually sebelum pregnant lg aku da sapu perut aku ngan Baby Oil ni..
Coz kulit perut aku selalu kering..

+ Bio Oil +

Produk ni mmg aku akan guna bile Baby Oil aku da abis..
So far aku tak jumpe lg yg botol besar..aku selalu jumpe botol kecik..
Cam leceh plak pkai botol kecik..
Ade sesape agent Bio Oil ni..meh habaq mai kat aku..

+ Losyen and Stick for Strech Mark +

+ Produk ni ok gak..+

pssttt: bukan orang preggy je ek ade Strech Mark ni..

...XOXOXO...

mAr@ZiEy

4 comments:

SyaNa said...

aku pun guna baby oil jek
murah & senang nk cari

mylife-mysin-myfate said...

pssttt..palin bagus kalau sapu minyak zaitun kalau sebelum bersalin

mAr@ZiEy said...

Syana

Tu la..aku mmg sejak azali mmg guna Baby Oil..

mAr@ZiEy said...

mylife-mysin-myfate

Minyak zaitun ek..ok..akan sy try guna nnti..hehe