24 August 2010

.Ganjaran Yang Di Janjikan.

1. Ganjaran Wanita Hamil

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

2. Ganjaran Wanita Bersalin

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

3. Ganjaran Melahirkan Anak

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Ganjaran Menyusukan Anak

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

5. Ganjaran Memelihara Anak

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

6. Ganjaran Menolong Suami

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

7. Ganjaran Wanita Solehah

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

8. Ganjaran Mentaati Suami

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.
MasyaAllah..betapa besar ganjaran bg kaum Hawa
Actually lately ni aku makin2 jiwa kacau..
Jiwa sekacau-kacau yer..tp aku buat tak endah je..nnti Deboo-Deboo susah ati lak..hehe
Tp..biasalah bile jiwa kacau ni..peel ckt weng ckt ler..
Ngadu kat suami pun kurang ckt..tp sama gak jiwa still kacau..
Tp ntah camner kelmarin..dapat lak berita yg buat diri ni makin kacau bilau..perghhhh
Tp gigih lg..tak mau pk sgt..dok ulang baca Ayatul Kursi..

Alhamdulillah..ntah macam mane..tetiba ade la utusan Allah datang
Beri motivasi kat diri ni tika aku mmg jiwa tgh kacau..
Semangat ni naik mendadak ok..terus macam..
Syukur Ya Tuhan atas kurniaan mu kepadaku ini..ku berserah padamu hidup dan mati..
Terus sucikan pemikiran yg kacau bilau ni..
Syukur sgt2..

Besar sgt2 ganjaran yg di janjikan Allah pada golongan cam aku ni..
Kali ni no more kacau bilau..ku hanya berserah dan dambakan ganjaranMu Ya Rabb

psttt:..emosi Mummy Deboo-Deboo da makin OK..

...XOXOXO...

mAr@ZiEy

10 comments:

:: p R i n c E s S _ N :: said...

aku pon ade emo2 skg..da r mlm tdo x lena...saba je laa..

♥z@z@♥ said...

same yunk..makin kusut..macam² pk..istighfar jek byk²..kekdang terpk gak mane tau kot Tuhan nak cabut nyawa mase melahirkan nanti tp cbe tuk kuat semangat...Ya Allah...

Puan nadxoxo said...

subhanallah..
thx for sharing :)

mAr@ZiEy said...

N

Biasalah org pregnant ni emosi cpt tol terganggu

mAr@ZiEy said...

Zaza

Tu la..pk da melalut da..huhu

mAr@ZiEy said...

Nad

U sharing info..I pun sharing info..kter same2 sharing info k

FaNSuRi said...

Tu arrr..ms gandung nie cpt sgt t'sentuh hati..smpai husband pun skit kpl nak mmikir...sian dia....

♥S@R@♥ said...

banyaknye ganjaran..rasa rugi lak khwin lambat ni..
lg 3buln tiktoktiktok..

jangan risau ea isnyaAllah semua selamat..
kawan2 pasti mendoakan keselamatan ibu & anak.Amin

mAr@ZiEy said...

Fansuri

Betul2..time pregnant la emosi serabut sgt2..ngadu kat suami pun dia sendiri serabut pk camner nak ilangkan jiwa kacau isteri dia ni..huhuhu

mAr@ZiEy said...

Sis Sara

Ish..jgn pk rugi kwen lmbt..jodoh tuhan yg tentukan..kter merancang je kan..maybe ade hikmah utk semua tu..
sediakan diri mental & fizikal..tu jgn lupa..nnti culture shock plak..huhu..

TQVM..mmg mgharapkan doa kwn2 je skg..huhuhu