01 September 2010

.Tanda-Tanda Bersalin.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan..[Ohh..mmg da terasa]
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing..[sejak 1st month lg..cmner tu]
  • sakit perut, memulas..[haa..minggu ni kerap saket perut yg mulas2 tu]
  • kerap buang air besar..[start saket perut je..gerenti nak teryak punyer]
  • kerap terkentut..[kureng ckt nak terkeluar angin ni..]
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis..[yes..perasan da 2 miggu da ni]
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital..[ohh..belum sampai tahap ini lagi]
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
1.Lightening
  • Ini mengenai proses di mana anak akan bergerak turun ke bahagian pelvis.
  • Kita panggil proses ni sebagai 'lightening'.
  • Biasanya ia berlaku beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin.
  • Masa ni ibu-ibu akan lebih kerap rasa nak kencing sebab uterus kerap menekan pundi kencing.

2.Pengeluaran lendir atau mukus
  • Ini berlaku apabila serviks mula nak terbuka.
  • Mukus atau lendir yang dikeluarkan akan keluar melalui vagina.
  • Warna lendir tu ada yang pink, ada yang tak berwarna dan ada yang seakan-akan darah.
  • Waktu ni anda mungkin dijangka bersalin lebih kurang lagi 1 minggu atau 2 minggu.

3.Contractions
  • Sewaktu contractions, abdomen atau perut si ibu akan mengeras..
  • Di antara selang masa contractions berlaku, uterus akan relax dan abdomen akan lembut..
  • Tapi contraction ni berbeza dari satu wanita dengan wanita yang lain.
  • Dan juga berbeza pada kelahiran yang berbeza..
  • Melahirkan anak pertama tak akan sama dengan melahirkan anak kedua dan seterusnya..
  • Biasanya contractions ni akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada belakang dan bawah abdomen di samping tekanan dalam pelvis..
  • Contractions ni bergerak macam gelombang dari atas uterus kemudian ke bawah uterus
  • Alah..lebih kurang rasa macam senggugut la..tapi rasa sakit lebih sikit laaaa..
Herm..bile di teliti tanda2 tu..ade yg da melekat kat aku..ade yg belum lg..
Ntah la..tp Mama cakap aku lambat lg proses penurunan baby tu..
Coz ketinggian perut aku still maintain cam biasa..tak turun2 lg..
Mama nak cucu dia ni sama tarikh ngn beday dia..hehehe..alahai..10.10.10..

Sekarang aku dalam proses penenangan jiwa raga gitu..
Berjalan sakan sekarang..pantang Bie amik kunci kete..hehehe
Tadi aku check up dan paling tak best darah aku turun ler..sedih ckt je..coz tak kritikal lg
Tp da dekat2 nak bersalin la wat hal kan..tak best la cenggitu..

Ok la..mau rest la..arini letih teramat sangat..
Tu padahnya kalau berjalan sakan bersama suami sampai jam 1 pagi..
Bukan nak bershopping ke ape..saje tgk gelagak org shopping..hehehe



...XOXOXO...

mAr@ZiEy

3 comments:

♥z@z@♥ said...

wahhh...mcm berdebar jek bace nie...huhu..

♥ QaseH ♥ said...

uish x sabar nk tunggu bebe akk kuar ni,,,

:: p R i n c E s S _ N :: said...

uishh..aku akn bace bnde2 ni tawon dpn lah...ngeee..