06 January 2011

.Petua Rapatkan Hubungan Suami Isteri.

Khas untuk orang da lama kawen..baru kwen..bakal kawen also yg tak nak kwen..
Boleh tak..hehehe..
Aku kan suke berkongsi ilmu..
Yerla..nak jadi guru tak kesampaian..hehehe

Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri;

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. = Tiap2 ari buat..bukan takat weekdays

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. = Lebih dari tu tau..hehehe

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. = Bukan sekali tapi tiap 4 jam sekali..Macam da jadi rutin da

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. = WAJIB buat

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. = Ohh..setakat ni sekali dua je..=)

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.= Ohh..aku la selalunya akan mula kan dulu..kate Pengadu Tegar kan

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. = Isu wajib sekarang..Isu ANAK =)

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. = Ohh..Kami akan berasa kurang selesa kalau tak bercakap 1 ari

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
= Ohh..sentiasa..selalu berebut nak tgk channel masing2..hehehe

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. = Tak kan punyer..ilang nanti bantal peluk masing-masing..tak nyenyak tido nanti

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. = Ohh..wajib ade..kalau tak kene marah..hehe

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. = Ooo..mmg faveret share makanan ni

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. = Ohh..selalu yer tak menjadi..hehehe

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. = Hari-hari ketawa sampai nangis2..hahaha

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. = Ohh..sentiasa ingat dan wajib ingat

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. = Penampilan dalam bilik je..boleh??..hehehe

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. = Kami mmg suka berterus-terang dan kami tak pandai tipu menipu ni..kami ni senang terKantoi

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. = Sejak azali mmg da nekad dan tekad..dan akan kekal atas kehendakNya

19. Amalkan mandi bersama. Mungkin ia agak pelik dan kelakar tapi itulah petuanya. = Ohhhh..mmg KENE amalkan pun..nnti ade yg bising dalam toilet tu..hehehe

Kawan-kawan..
Petua ni senang dan mudah sebenarnya..cuma nak dgn tak nak je kite buat
Tp..Nak seribu daya..tak nak seribu dalih..
Renung-renungkan dan selamat Mencuba..

pssstt:..petua yg last tu WAJIB buat..best OooOOoo..hahaha..[gatai ek]

...XOXOXO...
mAr@ZiEy

7 comments:

JIVEBUMZ said...

petua nie bagus diamalkan.. balik umah nanti terus buat hihihii

Puan nadxoxo said...

waa good tips! thx 4 sharing :)

Atiqah Adnan said...

wah siap ade kata-kata tepi tuh..
hope kasih kita kekal sampai ke tua kan.. janganlah berubah walau apa cara sekalipun..

♥z@z@♥ said...

wahhhh...sume insyaAllah masih buat lg..cme yg last tue mcm dah x mampu sbb ade anak kan..sorg mandi sorg tgk anak..kene gilir²..huhu

Dayu said...

kena tido sekatil balik la
cha kena tido dalam cot
nak tak nak, katil milik ibu ngan abah.

Luv like this.... said...

jalan2 sini...nice post!!boleh ceduk nme2 y terkurang

Peeja said...

Good info. Me siap emailkan kat hubby, suh dia tick mana yg kitaorg tak pena buat. And the last one tuh paling best. Sokaaaa...