22 February 2011

.Fakta Mengenai Bayi.

Mesti ramai yg tak tau kan..
Aku pun baru tau..
myBuddy yg beritahu..hehehe..
Meh aku share..ajaib tau

- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

-Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

- Penglihatan bayi kabur sebaik dilahirkan

- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

- Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

- Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

- Sekitar 14 hari kemudian baru belajar mengenali suara ayahnya.

- Bayi yang baru lahir selalu dilahirkan dengan mata biru, tapi warna ini bisa berubah dalam beberapa menit setelah kelahiran.

- Wajah bayi berubah sangat cepat, biasanya wajah bayi akan terlihat sangat berbeza dalam beberapa hari.

- Bayi laki-laki maupun perempuan lahir dengan sedikit payudara yang membengkak. Ini dikeranakan bayi menerima asupan hormon perempuan dari plasenta sebelum kelahiran.

- Bayi hingga usia 6-7 bulan boleh bernafas dan menelan pada waktu yang bersamaan, sedangkan orang dewasa tidak bisa.

- Bayi tidak memiliki keringat kerana kelenjar keringatnya belum berkembang secara sempurna.

- Sidik jari baru akan terbentuk saat bayi berusia 3 bulan.

- Bayi yang baru lahir hanya terfokus pada objek yang berjarak 25 cm dari hidungnya, kerana itu adalah jarak dari payudara ibunya ke mata si bayi.

- Bayi sering terlihat sedang tersenyum saat di USG, tapi proses kelahiran merosak suasana hatinya sehingga bayi jarang sekali tersenyum selama sekitar 1 bulan setelah kelahiran.

- Saat kelahiran otak bayi terdiri lebih dari 10 juta sel saraf.

- Tangan kanan atau kiri yang akan dominan digunakan oleh bayi sudah ditentukan sejak usia kehamilan 10 minggu di dalam rahim.

- Berat kepala bayi yang baru lahir sebesar seperempat dari total berat tubuhnya.

- Bayi sering merasa gugup atau takut pada jenis makanan baru. Untuk mengatasinya cobalah bermain-main sedikit dengan makanan tersebut atau meletakkan sedikit makanan pada jari telunjuknya

- Jantung janin mulai berdetak 3 minggu setelah pembuahan

- Bayi yg baru lahir akan kurang berkelip mata sehingga usia 6 bulan


SubhanAllah..ajaib betul..
Besar kuasa Tuhan buat Khalifahnya..
^____________________^

Dan aku akui semua fakta tu..
Terutama tang kenal bau dan suara Ibu tu..
Dari lahir sampai sekarang..'Aish boleh cium bau aku..dan akan berkepit je ngan aku..
Dan kalau aku berdehem sekali pun..dia da tau suara aku since dia lahir lg..
Sebab..aku selalu borak2 ngan dia since dlm perut lg..
Bau aku tu sejak dia membesar dlm perut da kenal sgt bau aku..hehehe
Anak Mummy..Sayang 'Aish so much darling..

...XOXOXO...

mAr@ZiEy

2 comments:

pRincESs_N said...

siyes!! fakta ni mmg best beb..teruja aku bace...

♥z@z@♥ said...

ye btol yunk..Imankan if aku sembunyi pun dia leh tau aku dok mane..haha..salu gak curik² lari dr pandang dia sbb nk g wat keje tp dia mcm tau jek tros la ek ek..haha..sgt indah bile dpt tgk baby kite membesar depan mata..