15 March 2011

.Mengapa & Kenapa: Please Alert.

Sape yg alert pada bende ini aku ucapkan SYABAS
Coz korang memang ibu/bapa @ bakal ibu/bapa yg betul2 prihatin
Isu botol BPA ni..
Bende ni sebenarnya da lama da kecoh
Tp kat luar negara la..tp kenapa kan kat negara kite still pandai sebelah mata je..

Ha..berita semalam keluar psl pengharaman botol BPA ni
Kenapa kene tggu lagi setahun..
Da tau merbahaya..kenapa kene tunggu..
Cer pk..dalam masa setahun tu..bape ramai bayi yg akan hisap botol guna botol BPA ni
Very the confius la..tak paham aku..

| Botol jenis BPA |

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Fikir-fikirkan la..
Memang agak mahal ckt botol jenis Free BPA ni..
Tp korang akan kuar duit ni sekali je..
If beli yg murah..berkali2 nanti kuar duit if anak sakit kan..
So..mencegah lebih baik kan..

| Jenis FREE BPA |

Actually ade banyak pattern botol Free BPA ni..
Meh aku senaraikan beberapa jenis botol

1. Avent
2. Nuby
3. Sassy Mam
4. Evenflo
5. Medela
6. Tommee Tippee
7. Playtex
8. Munchkin
9. Green to Grow
10. Born Free
11. Gerber
12. Think Baby

Renung-renungkan dan selamat berbelanja dengan berhemah

psstt:..sekarang 'Aish pkai Avent..ingat nak tukar ke Tommee Tippee..agak2 dia nak tak

...XOXOXO...

mAr@ZiEy

10 comments:

^nanie^ said...

hye mummy a'ish..salam perkenalan..takut ye dgr berita mlm td psl susu botol tu..da la xde pengalaman laghik ni..hehe

Umie a'iesya said...

tq dong...
sib baik wafiy guna avent..

Mummy `Aish said...

Nanie

Takpe..takde pengalaman..belajar dr org yg ade pengalaman..tak rugi kite timba ilmu ni..hehe..

TQ coz sudi ziarah this blog

Mummy `Aish said...

Umie a'iesya

Tu la kan..tp tak puas ati ni..kenapa gov tggu setahun bru nak haramkan

::( ';')جو أمير(';' ):: said...

kussemangat.. seb bek lah Alif dari kecik gune Avent.. teng mar for the info.. ** akak tak tgk tv smlm.. :p

Mummy `Aish said...

::( ';')جو أمير(';' )::

La..takpe2..yg baik kite sebar2kan..tak gitu..hehehe

♥z@z@♥ said...

aku mmg beli yg BPA free dari awal lagi..mmg mahal ckt tp berbaloi..kite akan rase selamat..Iman ada byk brand botol..sumer dia leh hisap..AVENT, Evenflo, pureen pun ada yg BPA free..nanti nk beli tommee tippiee lak biler dia dh nyusu byk..now botol yg 4-5oz jek..tp AVENT mmg terbaik la..mahal tp berbaloi..design pun cantek..hehe

Mummy `Aish said...

Zaza

Tu la..aku skg dok risau kot2 si 'Aish tu takmau isap botol baru..yerla..Avent ngan Tommie yer puting lain ckt bntuk yer

SyaNa said...

aku mmg kasi iman avent dr dlm pantang
pastu saje2 kasi try tommee tippie tu..xmo dia
hahaaa xsedap puting kot

JIVEBUMZ said...

nasib akak baru beli 2 botol kecik2 nak pegi belilah yang free BPA tu