18 April 2011

.Demam Denggi.

Ni gara-gara org yg join training luar bidang kan..
So..kasik up N3 la..haha..[aci tak?]
Demam Denggi..
Demam paling aku takut sekarang..

Last 2 weeks..2 org jiran aku kene tahan kat Hopsital Serdang
Coz dijangkiti demam denggi..
Da 2 minggu da area umah aku dok di datangi Jabatan Kesihatan
Dok sembur nyamuk..
Memula..takat luar2 pagar je..
Then last week..siap masuk dalam umah..tp area luar je la..dlm umh lom lg
Last 2 weeks gak..dorg msuk setiap umah check setiap toilet ngan belakang umah
Check jentik-jentik..ade gak umah kene saman..
Nasib la lepas umah aku tak kene..mmg ngam2 lepas aku kemas2 umah dorg smpai
Kalau tak mau kene kot..hahahah

And..nak jadikan cite..
Last week anak dara aku demam..
Time amik dia kat BS ari Khamis tu..
"Maryam,'Aish ni demam tau..tp akk da bg da ubat demam td"
Aku da..ok..
Sebab pattern 'Aish ni..kalau bdn dedar je..mmg aku cepat2 bg ubat demam
Then selang 10 minit..da hilang da dedar2 dia tu..

Tp..lepas aku amik dia ari Khamis tu..
Panas dia still ade smpai la ari Jumaat..
1 malam aku tak tido dok monitor suhu dia..
Aku mmg cuak gler kalau dia demam cmtu..
Nasib takde la tinggi mane..tp aku risau kot2 kene demam denggi ke ape..
Da la mmg kes kat area umah aku..cuak tahap melamapau la..
Jumaat pagi tu still panas lg..'Aish da start merengek..
Tu yg aku lemah tu..merengek dia lak..jenis nak aku dok sebelah dia je..
Aku pg toilet pun nak melalak cam org kene cubit..
1 bnde takleh buat..nasib ade adik aku leh buat keje umah..
Kalau tak..bersepah la manjang..

Bg makan ubat pagi tu..tengahari check suhu..da Normal..
Lega..tp kene gak monitor suhu dia smpai petang..
Still Normal..syukur..
1 ari aku tak tido..mmg weng kepala aku..
Memang camni la bile da jadi Mummy..anak demam..
So automatik Mummy kene berjaga malam
Lagipun Mama da pesan..anak demam jangan tido..monitor suhu dia
Coz Mama takut 'Aish ikut patter aku demam..
Demam je..gerenti tgh malam akan sesak nafas + suhu naik mencanak..
So far takde lagi kenampakan pattern tu kat 'Aish..Alhamdulillah


Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

  • Kadar kematian amat rendah.

  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)



...XOXOXO...

mAr@ZiEy

3 comments:

jeBateja said...

Den lom pernah dengar baby kena demam denggi...kalau kena...pehhh...tersangat le takutnya...

pRincESs_N said...

Takut kn denggi ni..klo time mgrib..mst kne duk dkt gn Aryyan...monitor nyamuk...

♥z@z@♥ said...

benci nyamuk..