05 April 2011

.Warkah Buat Puteri : 7 Bulan.


Ke hadapan Puteriku Sayang,
Siti 'Aish Maryammah binti Muhamad Fauzi

5 April 2011
Cukup usia 'Aish ke 7 bulan, Mummy terlaluuuuuuuuuuuu sayangkan kamu, walaupun kamu terlalu nakal sekarang, bikin Mummy menjerit-jerit bak Tarzan yg tak bergayut..Setiap kali Mummy menjerit..kamu ketawa..kenapa..adakah jeritan Mummy merdu..Ohh anak ku..pandai sungguh kamu yer bikin hati Mummy cair dengan senyuman kamu yang paling INDAH itu..

'Aish ku sayang..Selama 7 bulan kamu berada di bawah ketiak Mummy setiap kali kamu tido..selama itu jugak Mummy menangis dalam senyuman bila kamu makin lama makin membesar dan makin Genius, Bijak, Pandai, Cantik, Comel, Comot, Bushuk, Wangi, Masam, segala bau la kamu tu..'Aish ibarat nyawa ke dua Mummy selain nyawa Mummy sendiri..

'Aish..bila kamu membesar dan mengerti kenapa nama kamu sebegitu panjang..dan susah nak di sebut..Ingatlah..Siti adalah permintaan dari Atok Ma..'Aish dari Mummy Daddy..Maryammah dari Atok Pa dan seorang Ustaz yang sanggup buat solat hajat untuk dapatkan nama terbaik buat kamu..dan selama seminggu Ustaz tu buat solat hajat..nama Maryammah jugak yang bermain di fikiran dia..Maryam adalah nama Mummy..Maryam jugak adalah satu-satu yer nama perempuan yang ada dalam Al-Quran Karim..Walaupun Mummy Daddy mau letak nama kamu 'Aish Aleesya tp makin lama kamu memegang nama Siti 'Aish Maryammah..kamu makin bijak genius pandai dan murah rezeki buat kite 1 family..Terima Kasih Ustaz Taufiq

7 bulan..Kamu da reti meniarap di usia 3 bulan [12 December 2010]..Kamu da reti merangkak di usia 6 bulan [21 March 2011]..Kamu da tumbuh gigi belakang di usia 6 bulan jugak..[16 March 2011]..Kamu da reti duduk dengan sendiri di usia 6 bulan jugak..[23 March 2011]..Dan kamu da reti memanjat tetapi belum cukup teguh dan kuat kaki kamu untuk berdiri lama..[3 April 2011]..Mummy ingat setiap tarikh kamu membesar sayang..Daddy siap tulis dalam calendar..

Ingatlah anak ku..kamu adalah anugerah yang tak ternilai harga nya jika di hitung dengan wang ringgit..kamu adalah HARTA DUNIAWI DAN UKROWI Mummy Daddy..Kamu adalah Penawar dan Racun Mummy Daddy setiap masa..Kamu adalah Kakak kepada adik kamu kelak..Ingatlah..

Salam Sayang buat Puteriku
mAr@ZiEy

...XOXOXO...

mAr@ZiEy

No comments: