Aku rasa topik ni ramai kot yg pening
Cam aku..hehe..pening sesaje..
Ade 2 jenis pendarahan ketika hamil ni..
1. Pendarahan sebelum kelahiran
2. Pendarahan semasa kehamilan
Pendarahan sebelum kelahiran bermakna pendarahan yang berlaku dan di kenali sebagai tanda awal bersalin
Keluar darah + lendir adalah salah satu tanda awal kelahiran..
Mesti korang pening kan..adakah darah tu membolehkan kite ibadah ; solat, mengaji, etc
Darah + Lendir ketika proses hendak bersalin adalah Darah Fasad [ROSAK] @ Istihadah
Bermakna ia membolehkan kite melakukan amalan ibadah tika ini..
Darah Bercampur Lendir
Biasa juga para ibu mengalami darah bercampur lendir keluar dari
rahim sebelum melahirkan. Ia merupakan salah satu tanda awal seseorang
ibu akan bersalin. Darah ini keluar disebabkan terbukanya saluran ‘cerviks’ atau pangkal rahim dan juga pemisahan kantung tembuni bayi dari dinding rahim bahagian bawah.
Darah ini akan bercampur dengan lendir yang juga dihasilkan oleh
kelenjar di bahagian pangkal rahim. Darah inilah yang dikatakan sebagai
darah fasad (rosak) dari aspek fikah. Oleh kerana ia bukan lagi darah
nifas, maka wanita yang mengalaminya wajib menunaikan solat seperti
biasa. Dengan perkataan lain, kewajipan solat belum terangkat dari
wanita tersebut.
Ok..tu pasal Darah + Lendir..
Ni pasal Air Ketuban lak..Air Ketuban adalah Najis
Dan kite perlu membersihkan Air Ketuban sebelum melakukan ibadah
Check this out
Air Ketuban
Keluarnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran
bayi. Air ini keluar dari sarung tembuni bayi yang pecah ketika proses
kontraksi rahim. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen
yang melindungi bayi. Subhanallah. Maha suci Allah yang memelihara
janin dalam kandungan.
فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
Lalu Kami jadikan air (air mani/zigot) itu pada tempat menetap yang kukuh (yakni rahim).
Surah al-Mursalat 77:21
Apabila ia mengalir keluar, air ketuban membantu melicinkan proses
kelahiran. Allahuakbar! Maha agung Engkau ya Allah yang tidak
menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Hukum air ketuban adalah najis. Maka wanita itu perlu bersuci
terlebih dahulu untuk menghilangkan najis tersebut dan berwuduk seperti
biasa sebelum solat jika air ketubannya sudah kering.
Nabi saw bersabda:
لا توطأ حامل حتى توضع ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة
“Wanita
tawanan perang yang dijadikan hamba dan hamil tidak boleh dijimak
sehinggalah dia melahirkan anak. Tidak dijimak wanita tersebut yang
tidak hamil sehinggalah dia berhaid dan habis haidnya.”
(Hr Abu Daud – 2157)
Hadis ini menunjukkan kepada wanita yang hamil tidak berhaid. Darah yang keluar ketika hamil adalah darah istihadhah.
Cara Menunaikan Solat Dalam Keadaan Darah dan Air Ketuban Masih Keluar
Ok..kat camner plak if saat kite belum melahirkan which is baby belum keluar
Dan proses mengeluarkan baby tu sudah hampir sampainya waktu solat
Kite di bolehkan Qada' solat tu selepas Nifas kite habis..
Contoh: Baby keluar selepas Azan Asar..sepatutnya kite boleh solat lagi kan..tp saat tu dalam proses kelahiran..maka yer..Qada' kan sahaja solat Asar tu selepas Nifas berakhir..
*******************************************************************************
Ok..kali ni pasal Pendarahan Semasa Kehamilan
Bermakna..bleeding di peringkat awal/pertengahan/akhir kehamilan yg bukan bermakna tanda utk bersalin
Darah tersebut masih di kategorikan sebagai Darah Fasad [ROSAK] atau Istihadah
Dan boleh melakukan amalan ibdah seperti sediakala
Dan..jika kandungan masih dalam keadaan SELAMAT..iaitu masih mengandung
Adapun sebab-sebab darah keluar pada masa hamil adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:
1. Darah keluar dari organ wanita hamil mungkin disebabkan kerana pecahnya kantung ovum yang berlaku ketika 2 minggu kandungan.
2. Darah keluar kerana ia merembeskan ovum di dinding rahim sehingga memberi kesan kepada dinding rahim yang menyebabkan pendarahan. Ini berlaku selepas 3 minggu kandungan.
3. Turun darah berterusan dari 3 hingga 9 minggu di awal kandungan dengan sebab janin tidak memenuhi ruang rahim.
4. Pendarahan berlaku dengan sebab berlaku radang leher rahim.
5. Pendarahan berlaku dengan sebab pendagingan di leher rahim.
6. Luka pada uri janin yg menyebabkan pendarahan.
7. Kanser.
8. Pendarahan berlaku apabila kandungan tabung uji dan rahim menjadi kosong.
Kesimpulannya:
Sebagaimana wanita istihadhah yang lain, wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil (kandungannya masih selamat),
perlulah menyucikan diri terutamanya sebelum menunaikan ibadah solat
dan memakai tuala wanita yang bersih. Seandainya darah terus menerus
keluar sepanjang wanita itu solat, ianya adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan dan ianya adalah perkara yang dimaafkan. Seandainya berada di
Bulan Ramadhan, maka wanita itu perlu menunaikan ibadah berpuasa (selagi mana tidak memudharatkan diri dan kandungan) sebagaimana wanita-wanita istihadhah yang lain. Wallahua’lam. :)
...XOXOXO...
3 NgOmELaN:
adoi lah kau cik yam.... buat kan akak terasa2 saat sakit bila bersalinkan muiz... adoii laaa.. dua2 kembar darah.... bukan ketuban dulu, klu darah kuar dulu normally sakit... adeh...
tabahnya wanita
good info ni..
Post a Comment