02 March 2012

.#GengBaking - No 1: Butter Bread Pudding.

Lately aku fall in love dengan keje baking ni tau
1st aku buat Pavlova..
Tu nanti aku cite..
Ni nak cite pasal #GengBaking
#GengBaking ni di create di Twitter..well I'm Twitterholic

#GengBaking di anggotai oleh Aku, Mek Na, Izza
1st project kitorang is Butter Bread Pudding
Sape-sape nak join #GengBaking amatdi galak kan..

.Jangan Pandang pada rupanya tapi pada rasanya.



Resepi : 
Butter Bread Pudding
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 


Meh tengok #GengBaking punyer version

mAr@ZiEy

5 comments:

sweethOneY said...

WEEE LAWA JEEE PUDING KO APA YANG TAK LAWANYA TSKKKK

next project ?

nanonano said...

sedap tgk yg ko,
sbb semua rata kne puding, lembab

mAr@ZiEy said...

Izza

Aku tak susun ikut resepi..tak macam korang sebijik susunan cam dlm resepi..next projek ape..moh bincang kt Twitter

mAr@ZiEy said...

Nano

Aku pkai bekas besar..tu yg kene susun cenggitu..hahaah..

AnaLyana said...

dah buat dah.. tapi derhaka kat resepi tuannya.. janji ade rase kan.. sedapppp..:)