14 May 2012

.Hukum Sambutan Hari Ibu.

Meh nak share
Sesape yang tak tau akan kemunculan HARI IBU ni dari mana
Meh nak share
Sebab bnde ni agak kecoh kat laman social baru-baru ni
Akan hukum sambutan Hari Ibu ni
Maka yer sebelum kite buat spekulasi pape, kita selidik dulu ok
Jangan sesekali menjatuhkan sebarang hukum tanpa muzakarah alim Ulama'

SEJARAH HARI IBU

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini


KRITERIA UTAMA DALAM MENENTUKAN SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

  • Kasih sayang dalam Islam adalah untuk sepanjang masa.

Ia bukan hanya ditetapkan dalam tempoh masa atau hari yang tertentu sahaja untuk menzahirkan kasih sayang.


  • Konsep kasih sayang tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.

Adalah menjadi tabiat semula jadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud:
‘Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri’. (Riwayat al-Bukhari). 


  • Sambutan yang dilakukan tidak menjejas atau merosakkan aqidah, syariah dan akhlak seseorang individu Muslim. 

Setiap individu Muslim hendaklah mempastikan bahawa setiap langkah yang diambil dalam kehidupannya akan membawa natijah yang baik. Bagi mendapatkannya, setiap perbuatan atau perlakuan haruslah didahului dengan usaha dan perancangan yang baik dalam menghasilkan sesuatu. Ekoran daripada itu, setiap ancaman yang boleh merosakkan ‘maqasid al-syariah’ atau prinsip asas syariah iaitu memperuntukkan manusia supaya menjalani kehidupan dengan menjaga dan mempertahankan agama, akal, nyawa, keturunan dan harta sewajarnya hendaklah dihindarkan.

SAMBUTAN YANG DIANJURKAN MENURUT PERSEKTIF ISLAM


1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir 
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah. 
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya. 
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni. 
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak-anaknya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak. 
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills



Namun pendapat yang mengharuskannya lebih sesuai dalam konteks Malaysia, kerana tidak termasuk ke dalam ertikata menyerupai orang-orang bukan Islam yang dilarang, kerana pada kebiasaan ucapan tersebut tidak mengandungi pengertian reda dengan agama mereka. Ungkapan-ungkapan yang biasa digunakan bersempena hari raya tersebut, kebiasaannya tidak mengandungi sebarang perakuan terhadap agama mereka atau tanda-tanda yang menunjukkan seseorang reda dengan agama mereka, sebaliknya ungkapan-ungkapan yang biasa digunakan oleh orang ramai setiap kali hari raya masing-masing. Selain daripada itu, tidak menjadi masalah menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah tersebut, kerana Rasulullah S.A.W sendiri menerima hadiah daripada maharaja Muqawqis, asal sahaja tidak melibatkan benda yang diharamkan seperti arak, daging khinzir dan sebagainya


Dan terdapat beberapa syarat akan menyambut sambutan perayaan orang bukan Islam

  • Kehadiran di dalam rumah terbuka itu, tidak menggadai akidah dan maruah diri seorang Islam.
  • Rumah terbuka itu tidak diadakan di rumah-rumah ibadah atau berhampiran dengan rumah ibadah.
  • Kehadiran ke rumah terbuka sebagai meraikan hubungan sosial seperti jiran tetangga, rakan sekerja dan seumpamanya. Orang Islam yang mengunjunginya pula sudah biasa pergi ke rumah rakan-rakan bukan Islam itu. Jika tidak pernah pergi, sebaliknya hanya berbuat demikian pada hari orang bukan Islam mengadakan majlis rumah terbuka, makruh menghadirinya. Mengekalkan hubungan baik antara orang Islam dengan bukan Islam, di samping mewujudkan situasi harmoni, damai dan sejahtera,  antara nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam.
  • Tidak ada unsur membesarkan agama atau upacara agama orang bukan Islam yang mengadakan rumah terbuka.
  • Tidak ada unsur kemaksiatan dan kemungkaran secara zahir seperti hidangan minuman keras, nyanyian yang melalaikan, mengganggu syiar ibadah orang Islam dan seumpamanya.
  • Tidak ada unsur atau elemen penghinaan terhadap Nabi S.A.W, kitab suci al-Qur’an dan seumpamanya.
  • Tidak terdapat upacara agama mereka di dalam majlis tersebut, sebaliknya semata-mata jamuan makan sahaja.
  • Tidak membawa hadiah untuk diberikan kepada mereka pada hari itu, berlainan dengan hadiah yang dibawa di dalam majlis perkahwinan, kelahiran anak, isteri sakit dan sebagainya, yang tidak ada unsur membesarkan agama mereka.
  • Rumah terbuka itu diadakan oleh orang-orang bukan Islam  itu sendiri dan bukannya diadakan oleh pemimpin negara yang beragama Islam, kerana pemimpin Islam dikehendaki bertoleransi dengan rakyat bukan Islam, namun tidak boleh sampai ke tahap menganjurkan majlis rumah terbuka itu sendiri, kerana mengandungi unsur menzahirkan agama bukan Islam di dalam negara Islam. Jika ingin juga diadakan rumah terbuka, hendaklah dibuat tidak bersempena dengan perayaan agama-agama bukan Islam, sebaliknya dipilih hari-hari lain dan diletakkan nama yang sesuai dengannya seperti jamuan rakyat berbagai kaum dan sebagainya.


  mAr@ZiEy

No comments: