13 August 2013

.Cerita Raya Saya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua. Lama sungguh ku tak menceceh di sini. Maaf keMalasan kuat sangat menempel dalam diri ni haaa. Alhamdulillah da masuk minggu ke 2 Syawal, amacam raya kome, mesti sakan kan. Untung kome raya sakan kan, bertambah seronok bila ada anak-anak yang makin banyak peel kan..Share la cerita raya kome tu, tapi aku nak share dulu cerita raya aku.




Nama: Siti Amily Nafeesa binti Muhamad Fauzi
D.O.B : 03 August 2013 (25 Ramadhan 1434H)
Weight : 2.66kg

Agak-agak kome dapat tak agak pesal la aku letak biodata dengan gambar baby tu kan. Yaaaa..itulah cerita raya ku..Raya dalam mood berpantang..Apa?? dalam diam kuar anak no 3..Well I tak suka publisiti sana sini (eeuuwwww)..Ini namanya rezeki tak berbau (ada ke?)..

Alhamdulillah aku selamat melahirkan generasi ke 3 keturunanku pada 25 Ramadhan lalu (beza sehari je dengan kelahiran anak sulungku 'Aish). Al-kisah kelahiran Amily ku update kemudian, doakan lah mood Rajin tu jelma yer. Sekian

mAr@ZiEy

No comments: