26 August 2013

.Rentetan Kelahiran Puteri ke 3.

Kemain lupa update thru Email lagi senang,update thru Apps Blogger Android leceh ya amat..nyampah

3 Ogos 2013 
5.15am

Bangun untuk sahur, sorang diri je sahur maklumlah da hujung Ramadhan semua orang dalam rumah kemain liat nak sahur termasuk suamiku. 1st thing aku buat ialah masuk toilet. Aaahaaa..terkejut bila mana tanda awal sudah ada. Tompokan darah kelihatan, tapi aku relaxkan diri. Minda aku set tu bukan tanda nak bersalin tapi kesan aku batuk kuat malam sebelum tu. Teruskan bersahur tapi dalam keadaan dilema samada nak berpuasa atau tak. Walaupun minda aku set tu bukan tanda nak bersalin tapi masih terselit la jugak tu sebenarnya tanda nak bersalin. Gila tak mau percaya, yerlah da 37 minggu 2 hari. Azan da berkumandang, ok aku da niat tak mau berpuasa. Jika takdir aku bersalin jugak nanti, batal juga puasa ku. Lagipun aku ada alasan kukuh untuk tidak berpuasa.

Sebelum solat subuh da cakap kat suami. Hantar hospital untuk check up. For the 1st time dia relax. Kalau tak, aku ngadu sakit sikit sokmo nak anta aku pergi hospital. Anak-anak plak aku minta adik perempuan aku amik off day dari jadi Tutor kt Kumon that day untuk jaga anak-anak aku. Alhamdulillah semua di permudahkan sebelum aku ke hospital. Ok ramai yang cakap, kalau keluar tanda darah untuk bersalin akan sakit ya amat. Syukur Alhamdulillah 3 kali melahirkan semua keluar tanda darah, sikit pun aku tak rasa sakit. 

8.00am
Ke hospital la kami berdua, nasib mind aku da ready semua. Macam biasa sampai hospital kene daftar, isi borang menunggu. Hospital kerajaan kan, sistem que kemain panjang kene la bersabar. Menunggu la kami suami isteri di kerusi. Suami aku dok tanya je samada aku sakit ke tak. Serius aku langsung tak rasa sakit, walaupun sebelum kejadian aku sokmo ngadu sakit pinggang tapi hari kejadian langsung tak rasa apa.

8.45am
Nama di panggil untuk masuk ke ruangan PAC. Macam biasa check BP, Urine, soal selidik dari nurse then baru boleh baring di katil untuk buat CTG


Yaaa..itu bermaksud aku sedang keBosanan membuat CTG..10 minit menunggu baru datang sorang doktor untuk buat VE. Nurse kat sebelah potpet je, tapi elok la jugak dia potpet, hilang sikit nervous aku time tu. "..Ok da 5cm.."  Haaaaa..terkejut ya amat bila doktor cakap da 5cm. Bende pertama aku cakap "Serius doktor, alaaa..xsempat beraya". Gelak je doktor dengan nurse kat depan aku. Terus nurse prepare apa yang patut sebelum aku di hantar ke Dewan Bersalin. Untuk pertama kalinya aku di masuk kn drip sebelum bersalin. Benda yang paling aku tak suka ialah di cucuk jarum di tangan. Sakit contraction takde tapi sakit di cucuk tu yang ada.

 Sementara menunggu prosedur seterusnya aku keluar, duduk dengan suami aku. Ikutkan hati nak je balik tapi doktor tak bagi sebab aku akan melahirkan anak ke 3, proses melahirkan lebih cepat dari sebelumnya.

10.15am
Doktor decide pecahkan air ketuban aku untuk cepatkan proses kelahiran. Kemain aku nekad tak mau dipecahkan, sampai nurse pujuk aku, akhirnya aku kalah dengan alasan "..bilik bersalin tengah kosong sekarang, kalau puan bersalin kt sini, suami tak boleh masuk.." . Pasrah je la. Pertama kalinya proses melahirkan, aku rasa semacam ikut S.O.P je..Bila air ketuban da di pecahkan, aku tak dibenarkan berjalan. Salah 1 sebab aku tak mau air ketuban aku dipecahkan ialah aku tak boleh berjalan kene baring je atas katil. Lepas tu CTG lagi buat kali ke 2. Then doktor datang buat VE. "..ok da 7cm..", Sikit pun aku tak rasa sakit, bersyukur sangat sebab rata-rata komen kawan, once air ketuban di pecahkan contraction kuat akan datang. Serius aku langsung tak rasa apa. Nurse pun pelik, "..puan tak rasa sakit ke?, saya tengok puan ni macam bukan orang nak bersalin je..." Aku sempatlah borak dengan nurse yang dok pantau graf CTG aku. 

10.50am
Di usung ke Dewan Bersalin, sempat aku dengar nurse bising perihal suami sorang patient yang marah nurse. Isteri dia tengah sakit contraction, baru 2cm, 1st baby, si suami marah nurse katanya nurse tu tak paham sakit isteri dia macam mana. Nurse tu da kawen ada 5 anak lg, tipu sungguh kalau nurse tu tak tau rasa sakit contraction. Sepatutnya si suami janganlah hentam nurse camtu, kita sebagai pesakit perlukan khidmat dorang. Nurse tu bebel ke marah ke, hormat. Tipu la aku tak pernah kene marah dengan nurse, aku tak amik port sangat. Sampai di LR, dorang pasang lagi CTG buat kali ke 3. Then dorang masuk kan drip. Suamiku da dibenarkan masuk, kemain dia selongkar bilik tu da macam wad sendiri. Lantak...asalkan dia ada depan mata kan.

11.05am
Masuk sorang nurse tengah prepare untuk beri aku ubat untuk cepatkan bukaan. Suamiku da keluar sebab nak amik barang baby. Nurse tengah sibuk pasang di mesin. Tetiba aku rasa macam sakit contraction tu nak datang, sekali sakit tu datang. Haaaa..terus aku rasa nak terberak ya amat, kelam kabut nurse prepare semua. Tengah sakit tu aku mintak nurse panggilkan suami aku. Dengan lafaz  Allahuakhbar aku buat push pertama, then suami aku sampai. Teran kali ke 2, kepala baby da separuh means da lepas hidung baby, stop sekejap then teran kali ke 3, whole body baby keluar. 1st time suamiku tengok kelahiran anak dia secara langsung. Terkedu dia..

11.08am
Baby selamat keluar secara selamat

11.11am
Plasenta aku selamat di keluarkan secara complete.

Alhamdulillah, proses melahirkan bayi ke 3 sangat mudah & dipermudahkan olehNya





Sent from Samsung Mobile

4 comments:

Hany said...

Alhamdulillah......

Ciare Baha said...

Ya Allah!!! Bertuahnya Mar bersalen mudahnya.. Jeles

Kaklong @ Izan said...

MasyaAllah..baru tau siey dh ada tiga org anak..ingatkan dua puteri tu lagi...
Tahniah ye... alhamdulillah...mudah sungguh proses klhrn baby ni...

jeBateja said...

Moga lom terlambat geng.....nak ucap taniah...