21 October 2013

.Cerita Sikit Je.

Bergelar Mama anak 3..Kehidupan still sama..takde beza sangat..Paling heaven bila ber4 dirumah. Si suami bekerja hari Sabtu, maka yer ber4 la kami di rumah. Kerja rumah macam biasa malam sebelum tu kasi selesaikan habis tinggal sidai kain baju je. Well I kan surirumah bila hari Sabtu, maka yer segala kerja rumah kene buat, suami tak buat kerja rumah. Untunglah sape yang ada suami buat segala kerja rumah tu. Untung sangat. Even suami aku tu jenis rajin la jugak kemas rumah tapi entah aku lebih rela buat sendiri sebab lagi puas hati. Even sapu rumah pun aku akan buat balik walaupun suami da sapu. Kemas rumah yang bertangga ni ibarat senaman tanpa henti. Nasib la anak-anak kalau hari cuti main kat bawah je, kalau main atas bawah. Masak la Mama ni nak oiii..Syukur sangat Amily anak yang sangat senang di jaga. Bagi dia kenyang, lepas da susu main sekejap cak cak dengan dia. Bikin dia senyum ketawa dalam 10minit. Baru boleh buat kerja atau layan kakak-kakak. Takde la dia nak melalak je. Dia suka kalau orang duduk di sisi dia atau dia nampak orang keliling dia. Kalau dia rasa dia sorang-sorang..mula la dok ekk ekk ekk je. Memanggil orang untuk layan dia senyum..Sweet la kamu Amily

Amily baru je 2 bulan tapi aku rasa macam da 4 bulan je..Sebab karektor dia macam da besar sangat. Alhamdulillah 'Aish & Anna sayang Amily. Kalau aku takde, Amily ekk ekk je..'Aish mesti cepat-cepat dapatkan Amily "Takpe Mama, 'Aish ada" ...Baik sungguh kamu anak..Anna pulak jenis sayang adik sokmo nak muah muah Amily..biasa la tu kot. Kadang sampai naik rimas Amily dok di muah Anna. Nasib la kamu Amily dapat Anna yang suka muah muah kamu

Bila mana anak-anak da tido secara serentak, baru Mama dapat 'Me' Time la kan
 Pesen tido anak-anak bila hari cuti..If kakak 'Aish datang mood rajin nak kemas rumah je dihambatnya Amily suruh tido atas. "No Mama, baby tido atas, 'Aish nak kemas rumah, 'Aish nak main beskal" ..Main basikal dalam rumah dengan Anna..Soon bila Amily besar main la kamu ber3 dalam rumah, sampai takde space da Mama nak golek-golek depan TV tu.

mAr@ZiEy

1 comment:

Ana Lyana said...

hikhik.. comelll.. tahniah mar..:)