06 November 2013

.Cerita Lagi.

Cerita lagi, cerita apa lagi selain cerita anak-anak la kan. Cerita diri sendiri macam biasa je la kot. Progress Amily sangat-sangat pantas compare kakak-kakak dia. 60 hari aritu da leh meniarap. 95 hari da pandai menyondol ke depan. Kadang tu tersasar dari tilam. Tau- tau da atas lantai. Alhamdulillah sepanjang dia ada, Amily anak yang sangat senang di jaga. Bersesuaian dengan maksud nama Amily tu sendiri "Pelaku Yang Baik"..Mudah-mudahan kekal hendaknya sifat tu sampai akhirat.

Go Amily Go..Sondol nak..sondol..
Ada 3 anak..HEAVEN sangat..sangat heaven..riuh sangat rumah even yg ada 4 orang je (if hari Sabtu la sebab Abah dorang keje). Oh sekarang takde makna yer weekend nak bangun lewat, tetap kene bangun awal macam hari bekerja. Seawal jam 5 am da bangun prepare segalanya termasuk breakfast anak-anak sekali lunch dorang. Kerja rumah kasik selesai semua sekali, anak-anak bangun je turun bawah rumah da bersih, takde la kelam kabut mana nak buat kerja rumah nak handle kids lagi. Serabut pulak aku rasa. Waktu tido tak cukup, ala..waktu kids nap kita join la sekaki..hehehe. So far kids nap serentak, sebab waktu bangun pagi pun serentak. Seronok ok, penat sangat tu memang la penat, lain la ade maid kan.

Along - Acik - Angah

Sinaran cahaya seorang Ibu anak 3 - pheewwiittt.. =)

mAr@ZiEy

No comments: