28 January 2014

.2014.

28 Januari da harini, baru terhegeh-hegeh nak menaip kat blog. Maaf la yer..ilmu blog sudah ke dasar lautan yang sangat dalam. Sibuk perihal kerja? Macam biasa je..Sibuk perihal anak-anak? Pun macam biasa. Nak coret pasal mana aku pergi dengan anak-anak ke apa aku beli ke..takde mood nak update.Ntah..ke laut tenggelam sudah

Yang pasti tahun 2014 di mulai dengan peristiwa hitam dalam sejarah hidup aku sebagai pekerja. Masih dalam proses menegakkan keadilan. Sape tau mungkin rezeki aku tidak lama di syarikat sekarang dan rezeki aku lagi besar di syarikat baru..Wallahualam. Tak guna jugak kalau sokmo dapat best workers tapi tetap tak elok di mata orang atasan. Ade je tak kena sampai prestasi kerja kita pun dorang tak pandang. So apa point yer..Kalau da dasar Hitler tu Hitler jugak. Berjuang bukan untuk aku je untuk kawan-kawan walaupun masing-masing meluahkan perasaan, in the end cakap "PASRAH je la". Pasrah means menyerah kalah.

Amily..Yer sudah hampir 6M da dia..almost la..sudah di beri makan pun. Semua anak-anak aku start makan sebelum 6M. 5bulan lebih aku da start bagi makan da..Tak kisah la orang nak cakap aku langgar rules ke apa..Anak-anak aku, aku bikin anak, aku lahirkan anak, aku besarkan anak. HAK aku, sukati aku la. Macam biasa aku start dengan Puree Epal (as usual) ..hahaha..Suka..then minggu ke 2 bagi bubur nasi + carrot..lagi suka. Next menu nanti Mama decide yer.

Anna..semakin cantik, semakin bijak, semakin pandai hafal Alif Ba Ta, semakin becok. Macam biasa dia tu, buat hal sendiri. Apa dia kesah pasal orang, janji jangan orang kacau dia, amukan dia dashyat. 'Aish semakin kuat bebel just like me ^_^ , pandai amik ati, pandai pujuk adik bila adik merajuk, pandai auta Mama Abah (tang ni memang Anna selalu kena) . Masih belum bersekolah (pre-school) , penakut. hehehe. Suami..semakin naik berat badan yer, semakin lebar pinggangnya..hahaha (ni pn nak cite ke?) Lantak...

mAr@ZiEy

No comments: