04 June 2014

.Rompakan Bersenjata.

19 May 2014
Tarikh seram kami suami isteri & anak. Kami di rompak dengan 4 orang perompak bersenjata. Macam drama pun ade tapi ini realiti ok..Jam 4am (lebih kurang) sedang kami lena tetiba buummm pang (bunyi pintu bilik disepak). Bilik kami berkunci, susah sangat nak kopak, depa main sepak je pintu bilik nasib tak terkopak pintu tu. Aku yg sedang lena terbangkit, dok dalam pikiran, sape la dok main mercun ni. Gila kuat bunyi. Then dengar bunyi, "Diam..diam.." perompak, "Ok..bang..ok.." suami

Time tu da terkebil-kebil mata sebab cahaya memancar (tido bergelap, bila ade cahaya tetiba so terkebil-kebil la). Dalam samar-samar nampak 4 orang berbaju hitam depan mata, toleh kanan suami da di ikat sambil duduk. Toleh kiri ade Amily dok pusing pusing (maybe dia terkejut dengan bunyi bising & cahaya). Aku terus peluk anak sambil mulut sebut Allah Allah Allah je sepanjang saat seram tu..Angkat Amily then peluk dia sekuatnya. Tengok je 4 orang jahat depan mata selongkar bilik. Sorang pegang kayu tebal setebalnya, sorang pegang pisau pemotong daging, sorang pegang cutter pagar yg besar tu, sorang lagi parang. Allahuakhbar sejuk 1 badan aku, mengigil tahap apa. Nak menangis tapi tak meleleh air mata ni sebab terkejut + takut tapi dalam masa yang sama semacam redha je apa depa nak amik apa selagi depa tak sentuh aku, suami or anak..Aku toleh kanan tengok suami. "Diam je ok..ikut je dorang nak apa, diam ok" suami

Phone aku di rampas, sedangkan phone tu sebelah bantal aku je. Damn U perompak ko amik phone adiah anniversary aku..Kejam ko.. "Ini..berapa pin yer" perompak . Phone aku ade number lock, di suruh unlock phone tu. Suami cuba unlock tapi tak berjaya walhal dia hafal kot password aku. "Cepat!!" perompak sambil kayu di hayun untuk di lepuk ke kepala suami. "Sabarlah, nak bukak ni" suami

Berjaya di unlock dan terus pas balik pd perompak. Oh aku siap mintak simcard aku "Sy mahu simkad je, tolonglah" rayu aku. Perompak cuba bukak UAG casing aku tapi gagal dan di biarkan aku merayu pohon simkad. Damn You. Tak dengar rintihan aku..

Sorang perompak tanya suami siapa ade lagi di rumah. "Semua takde bang, balik kampung". Mereka keluar ke bilik-bilik lain tapi semua terkunci. Aku & suami masih terkaku di bilik. Tetiba dengar adik aku menjeri "Wooiii, hooiii" Aku da berdebar, adik aku melawan ke..janganlah di apa-apakan adik ipar aku yg pregnant tu, adik-adik perempuan aku yg 2 orang tu. Adik lelaki aku kt bwh lagi. Kepala da pikir nasib dorang. Sekali dengar adik aku jerit "Hoiii, jangan lari". Dengan pantas aku bangun jenguk luar, clear. Berani kan diri ke pintu bilik adik-adik aku walaupun aku tak sure samada perompak tu ade dalam bilik or tak. Kental & beranikan je, sambil dukung Amily. Ketuk pintu panggil adik aku, "Afi..afi..bukak" Adik aku bukak pintu dok pegang kayu tebal panjang, mengucap dia. Suami depan pintu dengan tangan di ikat, Aku cepat bukak ikatan di tangan suami. Sepantas dorang turun kejar perompak tu. Mereka lari ke arah hutan. 

Adik-adik aku da menjerit tengok kami, aku da mengigil seram sejuk 1 badan. Amily da terpinga-pinga. Masih kekal sebut Allah Allah..walaupun terketar-ketar bibir sebut. Semua turun bawah tengok pintu dapur kopak, pagar belakang di potong. Mujur adik lelaki aku takde kt bawah, keluar belum balik & 2 anak aku takde di rumah, stay dengan Atok kt Raub. Terus keluar rumah, perompak tak berjaya di kejar, 2 orang guard area rumah pn ade. Adik aku terus call IPD Kajang, call Balai Polis Sg Tangkas, call adik lelaki aku, call kawan polis dia. 15minit semua ade depan rumah, Suami dan adik lelaki aku pg gegar rumah kongsi yg ade di kawasan rumah bersama kawan-kawan polis dorang, bertempiaran lari semua PATI. Betapa ramainya PATI yg ade area rumah aku tu, walaupun jauh ke dalam tapi pembinaan rumah baru ade je buat, non-stop. 

Kereta polis dari Balai Polis Sg Tangkas tiba, depa check itu ini, dok walkit talkie ke IPD Kajang. Then kabo "Ok cik, kene buat laporan polis di IPD Kajang" Jam 5am ke IPD Kajang. Selesai semua di IPD Kajang, pulang ke rumah tuinggu penyiasat sampai. Jam 645am Pegawai Penyiasat sampai bersama Forensik team, Anjing Pengesan sekor (bapak besarrr wei anjing ni, gerun aku) . Jiran tetangga mula datang, oh rupanya ade 5 buah rumah di pecah masuk tapi semua tak berjaya di pecahkan kecuali rumah aku. Nasiblah perompak oii..korang rugi masuk rumah aku. Taktik depa pecahkan pintu pakai tong gas ok..

Jam 10am aku keluar beli simkad baru, try to connect with myphone yg kene curi tu tp tak berjaya, sebab depa tak tau phone lock kan..kebetulan Mobile Data aku off., so memang takleh detect. Jam 11am muncul 2 orang berbadan sasa depan rumah. Da seram aku nengoknya macam gangster mana la ni. Rupanya dari Unit Narkotik & Kongsi Gelap. Suami kabo sape dalam unit tu memang takde rupa polis langsung. Yerla kan Unit Narkotik & Kongsi Gelap. Kalau rupa macam polis bantuan, takde yer orang Kongsi Gelap nak takut..cenonit je badan..hahaha..oooppsss
Selepas kejadian tu, kami suami isteri fobia gler. Malam je terbayang saat seram tu, masuk bilik je terbayang, till now..Oh seramm ok..Suami masih lagi terbayang muka perompak yg tidak bertopeng tu, aku masih ingat rupa perompak yg minta phone lock tu, pakai key pun bila terlorot jatuh nampak jugak muka.
Anggaran kerugian RM5000. Kami anggap semua yang berlaku ade hikmah dan peringatan buat kami. Polis ade beritahu musim rompakan mula menjadi bila munculnya bulan Ramadhan or Raya. Wallahualam. Kami yakin sangat perompak tu guna ilmu pukau pada kami tapi tak berjaya sebab ilmu pukau kurang berjaya bila ade yer perempuan mengandung. Oh adik ipar aku mengandung ade dalam rumah time kejadian. Pintu pagar belakang rumah ade 2 biji batu di tegakkan betul-betul depan pintu masuk. Suami orang last masuk dari belakang, dia yg kunci, dia cakap takde sebelum dia masuk. Semua perompak di jamin dari orang seberang, dari segi percakapan, loghat dorang, suara, kami sangat yakin dari seberang. 
Oh rumah ku da 2x di rompak oleh perompak bersenjata. Wallahualam
**Terima kasih pada sahabat, kawan, rakan sekerja, yang bantu dalam meleraikan emosi terganggu ini & bantuan yg tak kami sangka. Mana sahabat yang tetiba muncul tatkala ku dalam kesusahan, Ya Allah, kami hargai sangat, membantu tika kami susah, alpa yer kami pada kalian semua. Pada mereka yang melihat dari jauh sambil berdetik, padan muka korang. Ya Allah hargai sangat ucapan camtu pd kami. Kami yakin nescaya dugaan ini ada hikmah paling hebat dari Allah buat kami. 
mAr@ZiEy

4 comments:

SyaNa said...

Ya Allah... gerun nye aku baca
area puncak alam ni pn makin jadi2 kes pecah rumah
semoga kite semua di bawah lindungan Allah

♥S@R@♥ said...

gerunnye baca..nsb baik xdiapa2kan u all.. same la kt area punck alam ni pun kerap berlaku..

Ann GreenStrawberry said...

Ya allah.. Ann baca penuh emosi. Rasa diri ni dah masuk dlm kejadian.. Nasib xapa2.. Syukur.. Nowdays ramai org jahat. Dlm rumah pun xselamat apatah kat luar. Moga kita semua dilindungi..

Azian Elias said...

salam kenal..

menakut kan je.. tp alhamdulilah u n family selamat..