14 January 2015

.Hari Pertama Sekolah.

Rata-rata sesi persekolahan bermula 12hb Januari 2015, tetapi Tadika Khalifah Bestari start 13hb Januari 2015. Bagi laluan pada ibu bapa uruskan perihal persekolah anak-anak di sekolah rendah & menengah. Tiba harinya, 'Aish so excited. Serius excited sangat, Mama bangun dia pun bangun tak sabar nak mandi. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Sampai je di sekolah, Alhamdulillah tiada adegan tarik menarik tangan ke baju ke, lelehan air mata, raungan tarzan ke semua tu.. 

Disebabkan pada 1hb Januari dia da masuk sesi orientasi, so da tau kelas apa. Masuk je kelas, terus main dengan kawan. Alhamdulillah, lancar. Mama yang sebak nak..Sebak anak da besar, da sekolah da pun walaupun baru je tadika. Nasib Mama tak menangis, hahaha.. Kemudian, datang seorang ahli kelas yang meraung, menangis. Kemudian datang seorang demi seorang. Mama cuak da, 'Aish da panggil aku, "Mama tunggu 'Aish tau"

Ah sudah, da mula da..da mai da..SMS Abah yang tunggu kat bawah minta dia naik tengok anak dia yang da mulakan adegan. Abah mai ja, aku keluar. Da meleleh air mata 'Aish. mencebik bagai, alahai anak. Tadi kamu kemain semangat waja je. Dalam 2 jam juga kami tunggu nak tengok reaksi dia dalam kelas. Bila situasi kembali normal (keadaan 'Aish yg tak meleleh lagi air mata) kami terus lari keluar. Nak biasakan dia dengan kawan-kawan dan cikgu. Tengah breakfast, Abah dia yang kalut, "Nak pergi tengok 'Aish la" , ewah Abah plak excited. Aku tak bagi, nanti lagi parah plak lelehan air mata tu. Terus balik petang jam 3.30pm Mama amik, kemain excited anak dara tu. Ok la 1st day school success, makanya upah aiskrim kon ja..

2nd day, Alhamdulillah tiada adegan meleleh sebab dia da rapat dengan sister (cikgu sandaran) disitu. Mama Abah pergi work pun siap lambai then main dengan kawan. Lega hati ku.


 Tika sesi Orientasi pada 1hb Januari tempohari, even half day je tapi punya seronok sampai kt sekolah makan karipap pun boleh bertahan kenyang tu 2 hari tau


Bag kecik ja, sebab takde buku ke alat tulis dalam tu. Semua sekolah sediakan dan tinggal di sekolah. Baju utk persalinan lepas mandi tengahari, dalam bag Milo plak Telekung Sejadah yang mana 'Aish excited nak bawa, pakai tika solat jemaah dengan kawan katanya


Uniform Lengkap Tadika Khalifah Bestari bagi perempuan


Sebelum kejadian adegan lelehan air mata, semangat betul dia main dengan kawan



Ketika kejadian lelehan air mata, see the mimik muka tu. Actually aku rakam secara senyap which is aku menyorok just keluarkan phone ja. Tapi 'Aish ni cam casing phone Mama yer, so dia tau aku tengah snap gambar dia.

Aksi time dia balik aku record video ja, tapi tak muat masuk blog sebab size more than 100mb. Jelas nyata keterujaan dia nampak muka Mama. Meleleh air mata Mama nak..hahha..sekian k bai..


mAr@ZiEy

1 comment:

Maimun Razali said...

muka kopipes betul hehehe
baju skolah Aish lawa.....