20 January 2015

.Kelakuan Sumbang.

Kali ni aku nak tangkap budak yang berkelakuan tak senonoh ni kt belakang rumah aku.. Iyer belakang rumah aku. DAMN YOU JANTAN BETINA. Ko nak romen ke maksiat ke pi buat depan mak bapak kau boleh tak..Kasik bernanah hati depa. Gambar aku upload nanti aku tak kan tutup sebarang bukti, biar orang nampak no plat kereta kau. Nak buat perkara terkutuk pandai lak cari port kan..

Kejadian berlaku 15 Januari 2015 jam 11.45pm++ di belakang rumah aku di Taman Universiti Kajang. Ate rumah aku row last sekali kan, belakang tu memang ade bengkel kereta laki dgn adik aku. Kebetulan jiran hujung baru je pindah, selalu dia akan pasang lampu belakang rumah. Maka yer sejak dia pindah, gelap gelita la laluan belakang rumah tu. Aku orang last tutup kunci pagar belakang, dalam jam 11.30pm camtu. Layan TV jap then naik atas la tido esok nak kerja plak. Adik aku keluar jumpa kawan, then dia balik ade sebiji kereta tak dikenali kat belakang. Adik aku block jalan dengan kereta dia konon dia tak mau bg kete tu keluar kalau lah betul tu pencuri ke apa kan. Adik aku datang dekat di kereta tu nampak lelaki dan perempuan bogel di seat belakang. Jadahnya korang bogel dalam gelap dalam kereta plak tu belakang rumah orang kan. Sebelum tu adik aku sempat la snap no plat kereta budak tu. Keadaan budak tu segala bagai kan. Merapu rapan kan dalam kereta sampai orang kt luar snap gambar pun tak sedar. Nasib la ko. Oh..rumah aku dekat dengan GMI (German Malaysian Institute) tu. Memang terperuk pun area rumah aku ni, hanya orang yang biasa dengan area rumah aku je akan tau selok belok port terbaik. Aku tak tuduh saje je tembak..hahaha


Baik punya gambar aku letak, takde tutup bagai no plat. Kereta Satria Neo berwarna gelap no plat TAT 420. Kalau korang nampak di mana-mana, sila la jeling mamat or perempuan yg ade dalam kereta tu. Mereka buat maksiat belakang rumah aku. Oh..sambung cerita balik. Agaknya perasan flash camera adik aku kot, depa da kelam kabut bagai kan, then si jantan tu nekad kot pi gostan kereta langgar pagar belakang sampai patah besi pagar tu. Oleh kerana adik aku da block jalan keluar, si jantan tu takde cara lain selain langgar je pagar sampai side mirror kereta pun patah, sah calar balar abis kereta mamat tu. Kalau kereta pinjam masak la ko kene jawab dengan owner, kalau kereta sendiri kos lagi nak repair. Perempuan dalam kereta melalak merintih, cooiiii...ko da sedap romen, da kene cekup ko nak melalak. Kalau aku ade, memang aku tampar je perempuan tu. Oh anak Melayu kita sendiri ok..Panas tak story ni.. hahaha

***Kejadian adalah benar sebenarnya.

mAr@ZiEy

No comments: