29 May 2015

.Bila Suami Isteri Release Tension.

Bulan lepas team Toyota bikin trip ke PD tapi tak semua yang ikut. Idea macam biasa dari Supervisor Sporting korang tu a.k.a my husband. Ngajak la sekali adik lelaki aku dengan tunang dia. Adik perempuan aku lak ade Offtrip ke Johor. Weekend pun kene kerja, pelik aku. Pepagi tu aku da bangkit awal nak masak bihun goreng, kengkonon depa ni bikin potluck. Bini org sne bawak ni, bini org sini bawak ini. Kaum Adam punya idea kan..caca merba gak idea. Bila aku tanya semua bawak makanan, sape bawak air?? Nasib ade geng yang baru kawen so dorang la kene bawak makanan dengan air. 

Depa sampai dulu sebab kaum kerabat depa tak seramai kaum kerabat aku, kihkihkih.. Nasib ade khemah express laki aku beli. Sangat lah berguna saat sebegini. Tarik je da siap tersedia khemah di pasang. Express tak..


Lebih kurang khemah camni tapi 1 layer, just tarik je pemacu atas tu, da siap pasang

Da siapkan semua, makan sikit. Then anak beranak mengelitik nak masuk laut. Awok pi PD tak naik JetSki memang tak sah, kang malam awok ngigau lak. kahkahkah..Anak-anak aku tunang & adik aku jagakan. Depa leka dengan mandi dalam laut, tak heran mana mak pak pi.






Saat sebelum berlepas ni, elok ja la kan. Da memecut di atas air tu, orang belakang melambung tak hengat oiii.. Nasib aku pegang baju laki aku kuat, kalau tak da terhempas da aku atas air tu. Hentakan tu MasyaAllah, sakit oii.. Laki awok bawak macam merempit atas jalan gamoknya. Keme dok belakang melayang melambung macam bola terikat ok.. T_T . 30 minit RM90. Pakai JetSki pesen lama ja, pesen baru RM120 utk 30minit. Idok la awok nak pakai yang tu. Mahal benor, awok pakai hok lama je, sama je. Kondisi molek lagi.


mAr@ZiEy

1 comment:

nanonano said...

mahainye, pastu seram lak aihhh, uitts xmboh ler aku