26 June 2015

.Ramadhan Day 9.


Tak terlambat rasanya utk ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Marhaban, dah hari ke 9 da kita berpuasa yer kawan-kawan. Seronok ke idak puasa kome. Tak seronok gapo plak, dugaan bulan puasa ni ujian dari Allah untuk insan pilihanNya. Kesabaran Keteguhan Iman kome di uji di saat bulan turunnya ganjaranNya berduyun-duyun, DIA nak uji kome camne nak grab ganjaran tu, untung kome dapat extra ganjaran tau. Ok, sudah kita berbicara yang indah sahaja kali ni.

Seronok tengok orang berniaga di bazar Ramadhan. pelbagai ragam. Macam biasa aku pelanggan tetap bazar walaupun tak membeli pun sekadar melawat kawasan baru je. Di Bangi ni semua bazar da kami pergi, ade yang menarik ade yang kurang menarik. Ade peniaga baru, peniaga lama. Hei macam-macam makanan-minumam ada. Ikut nafsu aku memang tak memikat apa pun selain Soya Panas je (hek eleh..soya panas bulan tak puasa pun ade jual). Tapi ikut nafsu laki den, itu ini nak beli nasib dapat bini garang..kalau tak membazir je.

Oh..kami pergi ke bazar tak bermakna aku tak masak yer untuk juadah berbuka. Masak tetap masak kak oiii, walaupun waktu kerja tetap macam biasa. Sedih kan..orang lain berdoyon berlumba balik awal, kami laki bini tetap balik waktu macam biasa. Sampai rumah selalu jam 625pm.. Macam aku balik je rumah terus masak air dlu, masak nasi dlu, then keluarkan segala bahan nak masak. Oh yaa..tahun ni aku tak buat pun stok bawang yg da siap blend, sebab aku tak gemor la bawang da blend ni, tak ummpphh sangat.. Just buat stok bawang yang da siap kopek je. Tinggal tumbuk je, then baru la masak, sementara tunggu masakan siap masak, aku pi angkat kain. Hyeee..da macam robot la aku petang tu, kiddos aku suh laki jaga, area dapur aku punya, tapi da nama mak..dok Ma sne..Ma sini..layankan je. Sama-sama penat tp laki aku lagi penat kerjanya so kene bertimbang rasa la jugak. So far aku akan siap masak jam 715pm then terus pi mandi turun je tunggu saat berbuka.

Pernah juga laki cakap, "Ala..Ma pergi beli lauk siap je la, penat U nanti", even aku sakit weekend aritu pn tetap masak lauk pauk dengan Mee Goreng. Sbb aku nak grab ganjaran masak untuk orang yg berpuasa tu..Mana nak cekau lg ganjaran tu lg nanti..Setahun sekali je tau, sedangkan dulu aku sarat mengandung pun aku mampu lagi masak untuk laki & adik-adik aku. So takde alasan bagi aku untuk ngelat. Cuma kali ni bertuah sikit la aku sebab company aku bukak mini bazar ramadhan di opis dan di benarkan membeli jam 3.30pm setiap hari, pembelian dengan kupon makan pemberian company di benarkan. Untung bukan..hehehe..So far aku beli kuih je, lauk pauk aku da masak kan. 

Stok kuih raya pun tak start lagi buat, weekend ni baru jalan sbb weekend lepas tak sihat. Buat yang simple je asalkan kiddos boleh bantu and enjoy buat, 'Aish da ngajak sangat tu katanya kawan-kawan dia da buat biskut raya. Siap ajar Mama dia tu resepi buat biskut..T_T MasyaAllah payah pulak aku anak pesen ngikut kawan ni.. T_T . But ok la sebab dia kalau da excited nak buat dia akan buat bersungguh sampai siap semua, ade la peneman kan..

mAr@ZiEy

2 comments:

ida ahmad said...

Nak teman buat kuih raya boleh? Sambil belaja.. haha!!! Saya sgt out part kuih raya

mAr@ZiEy said...

Ida Ahmad

Boleh je..lg seronok ade kawan..hehehe..ala..sy part kuih yg simple lg ringkas boleh la..yg renyah tu mmg tak mampu nak buat