01 June 2015

.Steamboat Grill.

Da lama sebenarnya nak pergi makan steamboat grill ni, tapi sokmo la tak sempat. Entah camne ntah that day kami bosan tak buat apa kat rumah, terbagi idea makan steamboat. Memula nak pi kt Maeps tu tapi macam jauh pulak kan. Terus la kami ke RedWok ni ja. 

Price 2015
Steamboat Biasa
Dewasa : RM30
Kanak-kanak : RM18 (below 99cm FREE)
exclude 6% GST

Steamboat Grill
Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM22 (below 99cm FREE)
exclude 6% GST

Makan la kamu sepuasnya, dari seafood ke landfood (ade ke..haha) sayur + aiskrim + dessert pun ade tau. Termasuk nasi goreng, aam goreng and macam-macam lagi makanan sampingan tapi aku tak bukak pun sebab misi utama adalah nak makan steamboat je. Air just air kosong & oren je..Nak air lain boleh tapi kene bayar lain harga. Sebarang pembaziran sebanyak 100gram akan di caj RM10. Ade 2 jenis kuah which is Sup biasa & Tomyam. Price still sama je untuk 2 jenis sup tu. Pilih salah 1 je. Waktu operasi Steamboat RedWok ni bermula jam 5pm sampai 12am kot (andaian aku sendiri je ni..hehe). Kitorang pi jam  5.15pm, memang takde orang lagi..sakan la kami berulang alik amik makanan kan. Mujur la habis, selalu orang tamak selalu rugi tapi kalau orang tengah kebulur habis je..hahaha.





mAr@ZiEy

No comments: