14 August 2015

.Aktiviti di Raub.

Parents aku memang tinggal di Raub, Pahang. Di Raub terkenal dengan aktiviti lasak macam Water Rafting di Jeram Besu (10 minit je dari rumah MamaPapa) & the best aktiviti lagi 1 is Air Terjun di Lata Jarum di Dong (20minit dari rumah). Balik Raub je memang kami akan mandi air terjun punyalah, lepas gian.

Selamat Datang ke Hutan Lipur Lata Jarum

Best ooo air terjun Lata Jarum ni, airnya MasyaAllah sejukkkkkkkk sangat, takat main celup-celup pun da gigil badan tau. Kiddos jangan cakap la, memula je taknak masuk, tengok Abah dia berendam haaaa..mengelupur nak ikut Abah main air. Aku ni sejenis orang yang sangat susah nak ke tempat rekreasi macam ni sejak kes kencing tikus bagai ni. Tapi Hutan Lipur Lata Jarum ni memang bersih, sangat bersih. Pernah dengar Tanah Aina, ala...kem Tanah Aina tu, haaaa..dekat sangat dengan Lata Jarum ni, akan lalui Tanah Aina dulu baru jumpa Lata Jarum.


Kiddos ni konon takut tak mau masuk dalam air sebab sejuk, walhal belum celup pun lagi kaki tu. Tapi memang sejuk oo..sebab kami punya pitstop betul-betul sebelah terjunan air tu. 





Akhirnya lenjan da bebudak ni di kerjakan Abah. Amily tu tak mau naik tu, nak main air je. Tahap gigil da pun tu, tapi nak jugak main air lagi. Ade paras-paras juga kedalaman air tu. Kiddos boleh main secara luas kalau dekat dengan air terjun tu dalam sangat. Aku hanya bertenggek di batuan di tengah air tu je sebab jenis tak tahan sejuk.

KAMI di Air Terjun Lata Jarum

mAr@ZiEy

No comments: