07 August 2015

.Hectic Month.

Baru boleh duduk dengan tenang di meja sendiri dalam pejabat walaupun sekarang waktu rehat hari Jumaat. Tenang ni sekejap je..MasyaAllah cepatlah habis bulan Syawal oiii..tak sanggup nak hadap segala mak nenek punya permasalahan. Menangis dalam senyuman kelat, ko mampu..Berlari di ruangan pejabat dengan kelajuan 60km/j (agaknya la kan..hehe) semata nak kejar bos, turun naik tangga macam kilat. Stress ball tu da macam ada gam melekat kt tangan, stress je genggam kuat sampai lah terkoyak gak la bola tu. Mujur bola Free je.. 

Now aku sakan sibuk dengan event Raya company. Event tu sehari je tapi dia punya preparation kalah majlis kahwin. Dapat plak bos super duper cerewet, ko mampu bos cari dalam toilet saat ko tengah 'membuang'.. "Maryam..are you there".. ko rasa nak cakap apa..berdehem je aku mampu.. Menangis dalam jamban tau. Sampai semua cakap aku ade skandal dengan bos, abis dok melekat je sebelah aku, tak pun selang 10 minit datang meja aku. MasyaAllah..stress tahap apa da ni.

2 task dapat in one time. Website lagi, nasib aku ade assistant sekejap utk handle website tu. Bos sanggup datang pejabat even dia tengah bercuti semata nak tengok aku buat design, celah mana aku nak makan. Time lunch pun panggil, hilang je call..sampai aku sorok kot phone dalam laci, if dia meeting kt luar, aku sengaja tak angkat call dia. Aku tak angkat dia call secretary dia nak bercakap dengan aku. 

Tiap tahun macam ni, pernah kot aku di tahan dari amik sebarang cuti. "Maryam..this week U jangan cuti, hold U punya cuti"..If ade urgent kes terpaksa aku paksa laki aku cuti, ni permasalah jiran pengasuh anak aku lagi..Tu nanti la aku pikirkan. Cepatlah September, nak cuti panjang..............Cepatlah berlalu event ni, dapatlah aku bertenang cari idea baru untuk Website pulak.

#NasibSeorangGrapfikDesigner 


mAr@ZiEy

No comments: