03 September 2015

.3 Anak 3 Peel.

"Shopping with kiddos without husband" - 1 perkara mustahil bagi sesape yang jenis keluar bersama anak-anak hanya bila suami depan mata. Tipu kalau aku cakap aku ni tak takut, takut oooo..Anak-anak aku walaupun semuanya perempuan, tapi tahap keaktifan dorang tu bila bergabung jadi Gegirl kuasa 3 tau. Sorang ade kuasa Suara Lantang, sorang dengan kuasa Sepakan Padu, sorang lagi kuasa Baling Jarak Jauh. Pepaham sendiri lah korang apa erti kuasa tu bila bergabung tenaga. Mama terpaksa kontrol dari bertukar Hulk Hogan di kalangan orang ramai. T_T

Every month kami akan pi beli barang dapur di Mydin Mall, selalu aku pi lepas breakfast sebab balik dari beli barang tu, bebudak da letih so depa terus nap ja. Senang urusan aku untuk masak or lipat kain ke kan. Anak korang mesti jenis nampak mainan mengelupur suruh beli, #Untunglah kalau dapat anak jenis tak heran pada mainan. Pojie cakap aku ni jenis mak garang macam singa + harimau lapar tapi jenis suka melayan anak-anak terutama yang berjalan dengan anak-anak. Tapi nasib aku tak bernasib baik sangat sebab, anak-anak aku bukan jenis takut sangat pada aku ni walaupun da garang macam singa + harimau lapar. Hati kental depa ni..layanlah depa selagi depa masih kenit lagi. Nanti da besar mungkin tahap bikin Mama pening kepala ni beransur hilang jangan plak buat Mama sesak nafas pulak yer. 

Pernah aku terjumpa seorang ustaz ustazah aritu, depa tengok peel anak-anak aku yang supersaiya aktif tu, depa seronok tengok peel anak-anak aku. "Untung kamu ade anak-anak aktif lasak macam ni, da besar nanti mereka akan berubah sebaliknya dari perangai masa kecil, anak-anak aktif lasak macam ni lah penyeri suasana rumah kamu nanti bila da besar, akrab sangat anak-anak kamu ni" - Hopefully kata-kata ustaz ustazah tu betul dan menjadi kenyataan. Amin

Soalan, bila nak dapat anak lelaki tu kerap aku dapat, jawapan aku bagi..Korang pi la tanya Allah bila nak bagi aku anak lelaki, aku tolong ngandungkan & beranak kan, aku segan nak tanya. - Win tak jawapan..haha..Walaubagaimanapun doakan kami selamat semuanya..Eh..haha

Uncle ni olok-olok nak posing ke atau memang dia posing.. @_@ 


'Aish bakal 5 tahun 5hb ni, MasyaAllah da besar da anak ku ni. Lahir dlu alahaiii cenonit je 2.4kg je kamu kakak oiii..now da 20kg ke lebih..Kuat makan walaupun badan tak besar sangat sebab jenis gen Mama Abah ni metabolisme tinggi. Da mahir membaca Malay & English book tp buku English kene bantuan sebab dia konfius sebutan. Mahir mengira tambah tolak. Mahir mengaji & menghafal surah almost 15 surah da hafal termasuk 6 hadith beserta pengertian. Great job kakak, even bukan Mama yang selalu ajar kakak kt rumah tapi usaha Abah layan awak belajar dan mengajar tu berjaya. Mama tak boleh ajar awak, sebab Mama baran garang macam singa lapar. 

Anna baru berusia 3 tahun 9 bulan (anak lahir hujung tahun ni selalu muda) walaupun dia aku anggap da 4 tahun. Geng akrab kakak & adik. Anak yang sangat lah rajin, sangatlah kuat merajuk, sangatlah demand, sangatlah manis senyuman, sangatlah baik hati, sangatlah kuat minta pujian, hati keras walaupun dia adalah anak paling lemah lembut. 

Amily baru jejak umur 2 tahun, kuat berkepit celah kaki aku. Pantang aku pakai tudung, dia dulu salam orang then tunggu depan pintu bersama bobok dia. MasyaAllah Ratu Bobok dia ni, pi mana-mana dengan bobok je. Bukan 1 bobok dia bawa tapi 6 bantal busuk. Pening aku nak usung, di tinggal nanti, mengamuk plak. T_T . Pandai sayang orang melampau sangat and jenis pandai amik hati orang yang dia rasa selesa and suka. Sesiapa yang dia rasa tak suka tu, jangan harap dia nak tengok muka..lagi dia mintak orang tu duduk jauh dari dia lagi. Also Ratu Mengamuk, peel amukan dia, perghhhhhhh... anak pusar 2 memang amukan lain macam kot. 

mAr@ZiEy

1 comment:

Zumie said...

Anak aku pon aktif tu baru sorang. huhu