09 September 2015

.5 tahun.

050910, tarikh di mana Siti 'Aish Maryammah genap 5 tahun. Iyer da 5 tahun da anak dara ku. Simple celebration buat kakak di sekolah. Kek pun tempah dengan budak opis ja. Mama is tak reti buat kek, I'm not a cake maker..Pembuat design je Mama tau..soon Mama buat kek sendiri bila dapur rumah da siap yer. (eh)

'Aish, seorang anak yang sangatlah rajin. Rajin tolong Mama, jaga adik-adik, mandikan adik-adik (sampai basah la alas kaki di pintu bilik air tu T_T)..rajin sepahkan rumah tapi sedikit je kerajinan nak kemas balik. Rajin menjerit sana sini even menyahut panggilan orang je. Anak aku ni memang kuat menjerit, esok da besar jadi Komander bagi arahan masuk perbarisan yer. Sangatlah penyayang, adik-adik sakit dia yang tolong pujuk makan ubat. Walaupun sebenarnya dia sendiri nak makan ubat (pencinta ubat kot). Takde ucapan khas untuk anak Mama, hanya titipan doa buat 'Aish sentiasa ade mengiringi 'Aish sepanjang hidup di dunia & akhirat.




mAr@ZiEy

No comments: