23 November 2015

.Majlis Kahwin Adik: Part 2.

Majlis Ijab Qabul hari Sabtu 14 Nov 2015, di jangka jam 9.30am. Di sebabkan Homestay dekat je dengan rumah pengantin, kami relax je bersiap..konon nak buat pihak sana tertunggu la kan. Sudahnya kami yang menunggu depan rumah sebab Tok Kadi tak sampai lg..Spoil pulak..heh..Alhamdulillah cuaca sangat baik, terik ya amat oiiiiii... Nak plak memang dekat dengan pantai, bahangnya lain maciaaammm..


Batal Air Sembahyang.

Serius style orang Terengganu punya akad ni agak pelik jap, nan ado sesi bacaan khutbah dari Tok Kadi tu, bacaan lafaz taklik nikah dari suami pada isteri, semua tu takde. Selalu ku pergi majlis nikah mesti akan ada testing akad dulu. Ni takde..tau-tau da selamat..hampeh je..semua adik beradik aku terkejut, "eh da abis ke.." =p

Tuan Empunya blog dengan lelaki kesayangan dia.. =p


Ni semua gegadis dari Keluarga Shairazi

Majlis Ijab Qabul selesai jam 11 pagi camtu..lepas makan balik Homestay semula sebab jam 2 petang nak mai untuk majlis resepsi. Semua gambar tak berapa nak cantik sebab aku tak pegang phone sangat time ni, sibuk dok perhati 3 beradik tu..aktif sangat la haaaiii.. Nak plak panas terik kan, memasing merengek panas la..


Shairazi's Family

Papa adalah sorang yang sangat susah nak bergambar, lepas bergambar dia terus keluar layan BFF dia, payoh la haaaiii nak tgk dia senyum dlm gambar..hihi..Hubs, Papa & adik aku da tukar baju color lain sebab memasing da belengas..hihi..

Lepas majlis resepsi kami terus ke Pasar Payang, buat masa sebenarnya pi Pasar Payang tu sebab bukan yer murah sangat, tapi bab makanan tu di akui berbaloi nak borong, kalau pakaian baik lupakan. Takde murah pun lagi di tekan kita pengunjung luar, nak mintak kurang pun susah ok..1 helai pun aku tak beli pakaian kt situ..Baju Kelawar kt DownTown Reko lagi murah kot..Ade jugak dorang offer Batik Cotton 4 pasang RM100, color cantik, design cun tapi sebab aku tak minat so maaflah yer. Kain baik mmg tak la aku beli sbb tak pakai pun, MIL aku pun tak beli apa-apa sebab tak minat. Jimat disitu..hahaha..borong makanan je ktorg, tu berbaloi.

mAr@ZiEy

No comments: