20 November 2015

.Majlis Kahwin Adik:Part 1.

Ni cerita berkenaan adik lelaki aku no 2 punya majlis. Dapat orang Gong Badak Terengganu nun..Jauh haaa dpt..Majlis Ijab Qabul & resepsi buat hari yang sama. Senang cuma penat sikit la. Kami pergi 2 trip, parents dari Raub tggu adik-adik aku amik dr Bangi. Pengantin + Bestman + Sedara dari Johor pi dulu ari Khamis. Aku & adik lelaki aku pi ari Jumaat. Kebetulan 11 Nov 2015 ari Rabu tu ade kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak. Maka yer kami kene lalu laluan alternatif ke 2 sebab laluan alternatif pertama pun tutup dek pokok tumbang. Laluan kami dari Bangi - LEKAS - Kuala Pilah - Kuantan (shortcut) @ Karak..MasyaAllah laluan ni makan masa 4 jam OK..If korang tembus ke Karak lagi dashyat punya laluan. Kiddos sampai muntah tengah jalan. 



Agak teruk jugak limpahan lumpur tu, sampai tanker pun boleh terbalik. Terus seriau bila lalu laluan yang ade bukit di tepi..hihi..Kami dari Bangi jam 10am, sampai Gong Badak dalam jam 6 petang. Laluan LPT 2 yang sebelum ni buat aku risau dengan kejadian-kejadian mengerikan berjaya aku tempuh dengan selamat. Fuhh..memang betul laluan LPT 2 kurang rata dan tak sesuai untuk korang speed more than 120KM/J and speed trap selambak haaaa..

TIPS: Isi minyak FULL & makan di RNR Gambang dulu yer sebab sepanjang laluan LPT 2 tu nan ado petrol pump langsung. 

Gila kan kereta hubs tinggal 1 bar je bila da sampai Ajil, Ya ampun berharap la sampai tol terakhir Kuala Terengganu. Alhamdulillah smpai je simpang ke Kuala Terengganu baru keluar warning merah, mengelupur cari Petrol Pump. Total tol dari Temerloh - Kuala Terengganu RM21 (kot..ntah lupa)..

Kami stay di Zahraa Homestay di Gong Badak, bebetul depan UnisZa. Berdekatan McD, KFC ,gerai makan, airport semua dekat. Di sarankan sape nak ke Kuala Terengganu boleh stay kt Zahraa Homestay. RM150/night. Di lengkapi 3 bilik, 2 aircond & kipas, Astro, Mesin Basuh, Peti Sejuk, Dapur, Ampaian sidai kain. Eh complete la..Puas hati ok.. Actually Zahraa Homestay ni ade 3 buah rumah sebelah menyebelah. Kami amik 3 rumah sekaligus. 1 untuk kawan tempat kerja adik aku, 2 untuk family & sedara mara. 

Gambar lama kot sebab takde pasir da depan rumah
pic google je


...sambung next entry yer, nak kumpul gambar dulu...


mAr@ZiEy

No comments: