16 December 2015

.Sekolah Anak, IbuBapa Pening.

Tahun depan 2 anak ku akan bersekolah. 'Aish 6yr & Anna 5yr. Bila anak mula bersekolah secara automatik parents akan pening. Nak plak anak-anak aku ni umur dekat & kalau boleh nak dorang bersekolah yang sama. Now aku & hubs mula pening memikirkan perihal sekolah mereka bila Anna hanya nak bersekolah sama dengan kakak dia je. 'Aish pulak nak bersekolah di sekolah yang sama. Bagi aku lagi bagus sebab 1 sekolah dan aku tak perlu da pening kepala memikirkan siapa yang akan hantar mereka ke rumah pengasuh nanti sbb cikgu dorang boleh hantarkan. Akan tetapi jikalau mereka bersekolah di sekolah yang sama, pendaftaran sahaja dah menelan belanja almost RM2k & bulanan RM400++ untuk 2 orang,tu belum campur bayaran pada pengasuh dorang setiap bulan. Kalau nak ikutkan kami memang mampu bayar semua bayaran tiap bulan tu tetapi, jika tengok trend ekonomi sekarang, sangat mendukacitakan kami. SANGAT SANGAT. Kalau boleh aku nak cut segala perbelanjaan yang boleh dikurangkan. 


Sesampainya surat tawaran PraSekolah ni, buat aku lega sangat. Tetapi ade masalah sikit sebab PraSekolah hanya sampai 1230tghari sahaja & tiada transport disediakan (buat masa sekarang). Maybe waktu pergi kami boleh hantar sebab kami pergi kerja naik motor je. Waktu balik plak ade problem. Jenuh la aku cari van yang hantar ke area rumah pengasuh tapi as a mom aku memang berat hati nak lepaskan 'Aish naik van sekolah. Sangat berat hati, so aku reject van sekolah. Now masalah kami dilema nak teruskan anak-anak ke Tadika lama 'Aish or akan pisahkan dorang sahaja. Kalau ikutkan plan Abah dorang, sekolahkan je di sekolah yang sama. Tak perlu da nak pikir perihal transport ke apa lagipun 'Aish da serasi di Tadika lama. Bagi aku pulak aku nak 'Aish biasakan di Pra sebab nanti darjah 1 dia akan bersekolah di sekolah yang sama. Nak senangkan Abah dia darjah 1 nanti 'Aish sekolah je di Sekolah Islam Al-Amin bersebelahan Tadika lama 'Aish, pemikiran lelaki & perempuan memang selalu pelik kan. Abah selalu pikir jalan mudah tapi tak pikir akan datang punya masalah, aku ni pikir jauh dulu dari pikir perkara menyenangkan. 

mAr@ZiEy

1 comment:

Atikah Honeybee said...

laki kita pun fikir benda yang sama. dia cakap tak yah fikir banyak2. macam anak yang sulung memang jenis senang adapt ngan sekeliling. jadi tak der masalah. dia kata tak yah nak risau banyak2.