29 January 2016

.#FitnessMarziey.

#FitnessMarziey , hashtag ni aku create untuk diri aku sendiri yang mana aku nak ubah life style aku untuk lebih pada senaman or aktiviti luar yang sihat. Ikutkan aku ni dari sekolah memang jenis lasak suka aktiviti luar, bila time kokurikulum je..aku suka sangat terutama bab Pendidikan Jasmani. Dari sekolah rendah jadi Olahragawati 3 tahun berturut, start darjah 4 sampai 6. Masuk sekolah menengah da start slow sebab banyak pindah randah..tapi nasib la sekolah asrama ade jugak aktiviti luar. Mendaki Gunung Ledang paling win.. siap tido kat atas lagi, dengan takde bekalan baju kan..tido la ko kesejukan atas gunung tu..tido tepi ungun api.. Mana ntah video aku hiking Gunung Ledang tu..Bukti oii aku berjaya daki sampai atas..hahaha..spe simpan lagi CD Video tu..nak copy please!!


Foto Kredit to Group Hiking, Lokasi : Gunung Ledang


Since aku join group hiking & outdoor ni kemain membuak nak join aktiviti lasak..Best betul masuk hutan panjat gunung jumpa air terjun paling bersih..fuhhh awesome punya pemandangan oii..


Location : Gunung Inas, Kedah

Location : Bukit Broga, Selangor..ni time da jam 9am..

Lokasi : Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

Tak sabar untuk next program nanti, aim dapat tawan 1 gunung tahun ni tercapai la..1 Gunung dan beberapa bukit..cewahh..Tp aim Gunung tu 1 je..insyaAllah dalam perancangan..Hopefully berjaya tawan dengan selamat nanti..Alasan ade anak bukan lagi penghalang pada aku rasanya sebab Abah boleh jaga sementara Mama pi berjuang eksesais..hihi..Suami mana tak suka tengok isteri sihat walafiat fit stamina kan..Alhamdulillah setakat ni suami aku bagi kelulusan sepenuhnya selagi aku tahu batas & hadnya..Suami aku ade hobi memancing, aku tak halang, so dia kne terima hobi aku yang suka buat aktiviti lasak ni..Adil bukan..hihi..

mAr@ZiEy

No comments: