12 January 2016

.Ola 2016.

Da nak tengah bulan Januari 2016 da, aku bizi bercuti panjang hujung tahun tu sampai la last week, kemain kan cuti lama sangat, tepu idea design. Well 2016 start dengan hectic day. 1st day sekolah aku masih bergelumang dalam rumah kemas rumah maklumlah kiddos start sekolah pada hari Selasa, takde la terkocoh sangat. Oh 'Aish masih di tadika lama, da tak mau peningkan kepala nak memujuk si kakak 'Aish lagi, pening kepala cari transport lagi, pening kepala beli uniform baru, so kekal la dia di tadika lama bersama Anna. Oh tahun ni tahun pertama Anna akan ke Tadika..Excited sangat dia tu sampai dia kejutkan ku nak mandi pagi. Sabo je la..Alhamdulillah setakat ni mereka berdua takde lagi drama gocoh perang bantal ke apa time kejut bangun pagi. 2 anak ke tadika sama macam tak percaya je. Anna sikit-sikit nak sekelas dengan kakak, nasib la depa tu building lain-lain kalau sama building mesti sekelas. Hari pertama sekolah takde aksi tangisan hiba, cuma aksi merajuk tak mau masuk kelas dan aksi tak mau keluar sekolah. Aksi tak mau keluar sekolah tu dari Amily, da masuk kelas kakak Anna tak mau plak keluar, da syok main & di layan dengan kakak abang sekelas Anna kan. Sabo je la. Alhamdulillah mereka suka sangat ke sekolah, lega & tenang je hati ni. 'Aish macam biasa dapat jumpa kawan & cikgu da tak heran da mak pak, menonong je masuk kelas walhal kelas pun tak tau yang mane satu. 

Amily & Anna je perempuan masa ni

See, Amily masih tak mau keluar kelas


Kawan-kawan sekelas Anna

Anna dengan aksi blur yer..Sabo je la


Rakan lelaki dalam kelas Anna

Da besar da anak Mama sorang ni

Tak heran pun kalau ade kawan sekelas meraung nangis

Muka bosan sebab takde kawan main

Takde langsung gambar kakak 'Aish, terus hilang lupakan adik, mak pak da bila jumpa kawan sekolah. Tapi aku kejap-kejap lari pi building kelas kakak 'Aish, jenguk la jugak. 

mAr@ZiEy

No comments: