17 February 2016

.Cabaran.

Seronok tengok anak kecil tak pening pikir apa akan terjadi esok hari. Walaupun depa hanya pikir esok nak bagi kawan-kawan mainan lego, belanja kawan kuih yg Mama Abah belikan sebelum ke sekolah, nak bagi kawan tengok kuku yang Mama da potongkan, nak ajar kawan joget macam Didi & Friends. Haii...itulah anak-anak ku punya peel..Dorang merancang apa akan terjadi esok, if apa yang dorang rancang tak menjadi, balik je rumah. Mengadu pada Mama Abah yang kawan tak mau joget sesama, kawan amik semua kuih dia sampai dia tak dapat makan, kawan pakai inai kt jari so dia pun nak pakai inai, kawan ade lego color merah then termasuk dalam bag sekolah dia. Haaaaa..seronok bukan dengan kesimpulan rancangan tak jadi dorang.

Tu lah cabaran zaman kanak-kanak, cabaran mereka mengikut aras pemikiran. Cabaran orang dewasa pulak lagi mencabar. Cabaran besarkan 3 anak serentak, 3 peel berbeza, 3 selera dan nafsu berbeza. Makin besar makin memeningkan kepala Mama Abah, bagi ku cabaran besarkan anak ni lah paling menguji kekuatan mental fizikal aku. Sebulan lepas kahwen di sahkan mengandung, tahun seterusnya mengandung lagi, seterusnya mengandung lagi, now da nak masuk 3 tahun tak merasa nikmat mengandung (eh ada rasa kejap tapi tak lama..=p). Tuhan bagi rehat mungkin untuk 3 tahun ni dari rasai nikmat mengandung kot (ayat yg kerap di gunakan untuk sedapkan hati sendiri). Tuhan nak bagi aku tempuh cabaran besarkan tuan puteri yang super berbeza perangai. Sorang demi sorang anak mula bersekolah, stress jugak la nak handle persekolahan anak-anak ni. Alah bisa, tegal biasa orang kabo..Alhamdulillah smooth je persekolahan dorang, tak mau la cerita pasal kemajuan anak. Sebab tema aku arini ialah Cabaran. 

Cabaran as a mother & parents bagi anak-anak yang da bersekolah ni sangatlah tinggi dan besar, di mana sistem pembelajaran Malaysia makin stress, setiap tahun dengar pembaharuan sistem pembelajaran. Terbaru UPSR akan ikut sistem PT3, tiada lagi exam oriented yang mana skema jawapan tertakluk dalam buku tetapi jawapan mengikut akal fikiran waras seseorang. Lemah dengar yang ni, 'Aish yang bakal duduki peperiksaan kelayakan bulan 6 ni pun aku da stress melampau. Harapan Mama besar nak awak sekolah di situ, tapi if tak dapat enggak apa-apa. Aritu borak dengan akak jiran rumah, Kak Rin yang mana dia ade 4 orang anak. 3 da bersekolah. Dia pun stress bila urus perihal persekolahan anak, walhal dia surirumah. Dia ade lulusan Master tapi sanggup berhenti kerja demi persekolahan anak-anak terjaga. 

Alangkah seronok jika dapat kembali zaman kanak-kanak, tak jauh sangat fikir bab masa depan, paling koman pun pikir da besar nak jadi apa je. Ni 1 cabaran aku kene tempuh, cabaran nak kurangkan amarah dan bebel, hahaha..Nampak tak semegah cabaran ni tapi ya ampun punyalah payah, terutama bebel tu. Aku akan kurang bebel bila sakit tekak je. Akui aku memang kuat bebel, ibarat dalam cerita Melur vs Rajawali tu, bebel non-stop je bila kene kejut dengan kawan. T__T

mAr@ZiEy

No comments: