07 March 2016

.#3 Run Event : Rare Journey Run 2016

Alhamdulillah 1st event 2016 aku. As usual aku akan masuk mana-mana run, tak kisah la femes ke tak femes. Asalkan TShirt di beri superb pnye kualiti.. Paham kan maksud ku..hihi.. Nak lari bagi Tshirt Cotton memang tak sesuai la kan. Macam event Ambank Run ramai runner complaint dapat cotton Tshirt. Aku suka kalau Tshirt tu brand Ultron..ntah tak tau kenapa suka benar aku Tshirt brand tu kalau buat lari. So far mana-mana run aku masuk Ultron sponsor Tshirt untuk event tersebut. 

Kali ni aku lari bersama 2 anak dara aku. Plan awal nak lari sorang je sebab macam leceh je nanti nak bawa anak kan. Tengah bersiap tanpa sebarang bunyi aku buat tup-tup.. "Mama..nak pergi mana tu" - T_____T , terkejut mak oii.. Anna bangkit awal pulak, sudahnya aku suruh dia tukar baju seluar ja. Beritahu yang Mama nak jogging. Depa adik beradik ni suka ja kalau cakap nak pi jogging. Da siap semua, da nak turun....tetiba "Mama...nak ikut" ...Ah sudah 'Aish pulak bangkit. Aiyaaaa..tak kan nak tinggalkan je dia. Angkut la jugak, solution yer aku bawa sekali stroller sebab kali ni run 7KM. Aku jamin 2 anak dara ni tak larat, even TTC yang 1.5KM pn dorang da mengeluh teruk. Aku berani bawa stroller sebab event kali ni katanya boleh run dengan stroller, means family run juga la kan. Nasib baik FREE ja. =p

Oh takde gambar sepanjang perjalanan kami sebab aku sangat lah 'sibuk' urus kan keselamatan kiddos la, nak lari lagi la, nak layan kerenah dorang la, nak dengar dorang merungut lagi la, nak dengar dorang bergaduh lagi la. Penatnya triple dari biasa tau.
Nampak la separuh Anna, separuh 'Aish & stroller sikit

1KM pertama Anna duduk dalam stroller, next 1KM 'Aish pula. Bergilir-gilir. Lagipun 'Aish sangat lah suka buat perangai tengah jalan tu sebab nak duduk dalam stroller. Jeles kot dengan Anna sebab dia kene lari sedangkan Anna menikmati pemandangan sambil di tolak laju stroller tu. 


Berjaya habiskan 7KM dengan penuh cabaran duka lara. Habis ja run terus balik takde la nak lepak ke apa walaupun kiddos nak main playground. Mama tak larat da nak...Next run is coming soon.. Yeaa

mAr@ZiEy

No comments: