31 March 2016

.#MarzieyVacation.

 Al-kisahnya tahun lepas telah membeli FREE SEAT Air Asia. Iyer beli tiket setahun awal, tu la salah satu tips nak dapat tiket murah..hihi.. Tiket pergi Langkawi je pun tapi di sebabkan ianya murah melampau ku beritahu je la yer.


Total semua untuk 5 beranak ni (return tiket) adalah RM94 sahaja..If dapat lagi harga ni 10x ulang alik Langkawi pun aku mahu..hihihi.. Lepaskan hajat kiddos nak naik kapal terbang. 'Aish la paling sakan bertanya bila nak naik aeroplane. Alhamdulillah berjaya lepaskan hajat dorang. Kemain seronok dorang tapi MasyaAllah tak reti dok diam. Runsing kepala aku handle 2 orang ('Aish &  Anna) tu. Amily di jaga oleh Hubs. Selamat tau hubs aku jaga Amily sebab dia boleh bantai tido ja tapi kakak-kakak dia tu la. Paling tak menahan dorang suka sangat tekan seat depan, berang la orang depan kan.. T___T . Nasiblah sejam ja atas awan tu..kalau lebih mau memacam hal.. 

Kami pergi 3D2N ja tapi di sebabkan flight pergi tu petang da serupa 2D2N ja.. heh..Kami di sana sewa kereta ja.. Boleh contact orang ini;

Bang Chik
013 - 3508430

Alhamdulillah dia da standby di airport, kereta bersih dan kiddos telah kotorkan pada hari terakhir tu..kihkih..Well bila ade anak-anak ni kejap je la kereta bersih, lepas tu bersepah la semula. Kami menginap di Pantai Cenang. Last minute booking hotel. Aku dok pikir-pikir nak stay Kuah ke Pantai Cenang. Di sebabkan kami memang langsung takde bajet untuk shopping. Takat beli selipar pantai 2 pasang je la..Mana nak suruh kami belikan coklat memang awal-awal aku da minta duit. No kirim kosong..hihih..Sebab takde bajet kan, so kene la minta duit siap-siap..hihi..

Kami menginap di Malibest Resort, Pantai Cenang. Pilihan hubs sendiri, katanya dia nak bercuti nak relax nak santai dengan anak-anak isteri. So dia pilih stay tepi pantai dengan kewajipan ade swimming pool untuk anak-anak dia..Turuti je la kan..Tempat makan sangat banyak jangan risau, makanan arab ke, makanan melayu ke, seafood ke, eh memacam lah ada. Keluar je hotel depan tu ade 7E, shop lot bawah hotel ja..Pantai hanya beberapa langkah je dengan hotel. Berdebar gak tido tepi pantai ni sebab a week before kitorg pergi ade gempa bumi & amaran Tsunami di keluarkan. Cuak lah kan but Alhamdulillah takde apa-apa.

Reception Malibest di belakang shoplot tu
Atas shoplot tu da Malibest Resort da sebenarnya, oh ade lift di sediakan

Haaa..ni la bilik yang ade di belakang shoplot tu tadi

Swimming Pool yang jarak beberapa meter je dengan pantai

Family Room (2 queen bed - kene la 2 queen mana muat 1 queen ja kan =p)
*gambar lama, now da flat screen tergantung di dinding


Antara beberapa jenis bilik yang ada di Malibest Resort
Bilik atas pokok tu best tp tak sesuai yang ade family ramai.



Island Hoping aku da book awal dengan agent. Dapat contact dr page FB tak silap. Alhamdulillah dapat caj under bajet. Pergi 5 orang tapi bayar untuk 4 orang je sebab Amily masih di kira Free. Depa pickup di hotel, just sehari sblm tu confirmkan pada dorang stay hotel apa. Jam 9am dorang pickup terus ke Jetty. Takde deposit pun, sampai jeti terus bayar. 

RBR Permata
014-7403832
Adult : RM 30
Kids : RM20 (below 2yr FREE)



Jeti sebelum kami berangkat




Tasik Dayang Bunting, masyaAllah. Patah tangan aku oiii. Amily all the time nak berdukung ja. Dia takut dengan monyet. Tak di nafikan memang berlambak monyet, sangat banyak. Sesiapa bawa makanan or bag plastik tu berhati-hati la. Tp monyet di Tasik Dayang Bunting ni boleh di anggap baik la jugak kan tak merampas ke bergaduh, just follow ja kita. Oh lupa, nak msuk Tasik Dayang Bunting ni kene bayar yer.

Entrace Fee

Warganegara:
Adult : RM3
Kids : RM1

Warganegara Asing
Adult: RM6
Kids : RM3

Tapi kan, dek kerana 'Aish Anna tak menahan nak membuang, kiddos tak kene bayaran pun sebab depa tak tahan sangat nak membuang, Hubs tengah beratur, aku main meluru ja masuk..hihi..Amily masih Free lg..so byr RM6 ja.. Sesiapa nak pi toilet better sebelum naik tangga tu singgah la siap-siap sebab nan ado toilet pun kt area situ selain di main entrance tu ja..




Berteduh jap di Turtle Boat

Akhirnya sampai juga la kan, ya ampun panas lit lit oiiiii.. Kami tak mandi pun sebab serius takde keinginan nak mandi sebab macam 'eh aku tak pandai berenang mau tenggelam nanti' haaa gitu..hihi. Maka yer dok la berteduh bawah turtle ja. Mujur 1 jam kami di lepaskan di sini. Kiddos as usual nak mandi di kolam yang di reka khas untuk kanak-kanak tp masyaAllah berlumut..Idok ler aku nak bagi depa berendam ke apa kan. Ade 2 kolam tapi 1 kolam lagi ade couple berendek..sabo je la..



Next destinasi, Eagle Feeding. Memang time helang ni makan kot sebab sesampainya kami di area tu punyalah banyak burung helang. Amily da lena di pangkuan aku time tu..Kakak-kakak dia je yang teruja tengok helang tu.

Budak baru bangkit dari lena sebab bot berhenti =p

Kami Sekeluarga atas bot =)

Then menuju ke Pulau Beras Basah. Time ni semua da letih ya amat. Bukan letih apa pun, aku dengan hubs letih mendukung Amily sebenarnya. Sepanjang masa nak berdukung ja.. T___T 




Tak buat apa pun just duduk bawah pokok tengok orang mandi ja. Lagipun takde apa sangat setakat tengok aksi monyet ganas gler. Oreo Amily kene rampas dek monyet..Kelakar bila ingat balik, konon nak tengok je monyet tu makan, tup-tup ade sekor monyet lari arah Amily rampas Oreo yang dia pegang. Haaaaaa...mula-mula dia marah then melalak sebab terkejut. Berjaga lah korang if nak ke situ, make sure jangan la tayang plastik ke botol air ke tin air ke depan monyet tu. Air mineral aku pun kene rampas dengan monyet tu..Sabo je la..

Plan awal petang tu nak ke SkyCab tetapi..keciwa teramat ade orang tu sebolehnya tak mau pergi sebab gayat ya amat. T__________T . Maka yer petang tu kami ronda di pekan Kuah ja. Ke Dataran Lang kejap ronda cari kedai Dobi Layan Diri sebab baju aku dan hubs da takde, ntah macam mana ntah salah bajet bawa baju.


Esok pagi bangkit takde buat apa just ronda keliling Pantai Cenang sebab flight jam 1pm kan..Underwater World pun kami tak pi walaupun dekat sangat. Next trip kita repeat mana yang tak sempat pi. InsyaAllah.. =)



Ni masa nak balik KL da..Ktorg 1 row sepatutnya ade passenger tp dia ke row belakang dengan kawan-kawan dia maka yer row kami tu semua kami conquer. Amily as usual dengan hubs je, tak sampai 10 minit terbang da lena tak macam 2 kakak dia ni. Kene umpan dengan buku & color bagi senyap. 

Sampai sudah di KL. Holiday is Over

mAr@ZiEy

No comments: