25 March 2016

.Perginya Beliau.

Jam 5.30am dapat SMS dari pakcik aku dari Johor..
Atok kritikal, sekarang di kecemasan hospital.

Berdesup turun bawah beritahu Papa. "Pa..Atok kritikal"
Ikutkan Papa Mama balik malam Ahad tu tetapi ntah hati Papa macam 'Malas' nak balik. Jam 3 pagi  Papa dapat SMS dari pakcik aku. 
Mak kritikal, doktor cakap 50-50, waris kene balik semua untuk sign surat.

Pagi tu parents aku da siap-siap nak bertolak ke Batu Pahat. Hati aku memang da tak tenteram. Last aku jumpa Atok bulan lepas masa majlis di rumah Bangi. Atok gagahkan juga datang, walaupun bertongkat berpimpin. Papa cakap, Atok takde apa tu, kakak pergi kerja dulu nanti apa-apa Papa call. So kitorg adik beradik memang standby setiap masa. Aku SMS pakcik aku jam 10am. Alhamdulillah Atok da stabil even dia terpaksa bergantung dengan mesin oksigen. Allah Maha Perancang, kereta Papa stuck di RnR Seremban & kereta Paklong aku pun stuck di Penang (dia dari Kedah). Adik aku la yang pi RnR Seremban tukar kereta dengan Papa.

Jam 3 petang SMS call Papa, oh time tu suara Papa da sebak, then jam 4 petang, adik aku cakap Atok da sedar. Jam 4.30 petang Papa call beritahu Atok da takde. My last Atok in the world da pergi buat selamanya. Aku tak tau, dulu arwah Atok Kah nazak aku takde la sesedih macam pemergian Atok ni. Sedihnya lain macam tau. 


Arwah Atok bergantung dengan mesin oksigen. Doktor bagi tempoh 2 hari sahaja penggunaan mesin tu di hospital then boleh bawa patient balik rumah dan sama-sama tawakal padaNya. Dapat je gambar ni aku menangis tak henti di opis. Sedih lain macam sangat. 


Alhamdulillah, urusan pengkebumian jenazah berjalan lancar dan di permudahkan. Lepas ni takde la orang yang aku nak jeritkan panggil "Atok..ooo Atok", takde da peneman aku sidai kain di kampung sambil bercerita. Oh I will miss Ayam Masak Kicap Atok yang superb tu..

MISBAH BINTI SARJO
280736 - 210316

_Al Fatihah_

mAr@ZiEy

1 comment:

Ann Ilias said...

Innalillahiwainnailaihirojiun
Takziah Mar