16 March 2016

.Sistem Pendaftaran Online Darjah 1.

As usual, aku akan alert bab ni. Sebab tak mau nanti menyesal di kemudian hari. Memandangkan aku mempunyai 2 anak yang perlu ku uruskan segala dokumentasi perihal persekolahan dorang. 2 tahun berturut juga aku handle bab pendaftaran sekolah anak. Bukan suami ku lepas tangan tapi kerja dia jenis bukan mengadap komputer setiap masa berbanding aku kan, maka yer bab pendaftaran online ni memang kerja aku la. Tahun lepas lagi da buka pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir di tahun 2010. Alhamdulillah selesai sudah pendaftran 'Aish. No giliran 012 dari 200++ yang berdaftar. Tahun ni giliran Anna pula. Memandangkan tahun ni bermula sistem baru maka yer, aku sedikit keliru sebenarnya. Sebab bila di semak data 'Aish takde. Aku start daftar online bagi Anna 1 Mac aritu. Da siap tanda di kalendar sebab nanti terlupa, masuk je office terus buka web sebab yakin ni web akan over exceed nanti sebab pendaftaran utk 2 tahun kelahiran pnye. Sama kes macam tahun lepas pnya. Dan jam 10am ahli grup parents tadika bagi kelas 'Aish da start merungut sebab web pendaftaran slow, lagging kemain lama. Jangkaan aku tepat. Nasihat aku pada parents dalam grup suruh dorang standby dokumen yang perlu di submit ke sekolah je dlu. Once da apply online da boleh terus submit dokumen. Tak perlu la nak prepare lagi kan. 

Kali ni submit beserta slip gaji sekali bagi parents yang bekerja dan pengesahan majikan beserta cop dari Adun terdekat bagi mereka yang takde slip gaji. Ini untuk pengagihan duit bantuan RM100 bagi pelajar. Info ni dapat dari kerani sekolah sebenarnya, mana parents gaji lebih RM4k++ da tak layak terima bantuan RM100 tu sebab tu start tahun ni ade pihak sekolah minta slip gaji terbaru parents untuk cek kelayakan. No wonder la tahun lepas takde plak minta slip gaji parents masa daftarkan 'Aish. 

Last week aku dapat new info, dimana parents yang sudah daftarkan anak pada tahun 2015. perlu juga daftarkan di sistem baru pendaftaran. Bezanya dokumen tak perlu submit ke sekolah lagi sebab tahun lepas da submit. Ade sesetengah sekolah nak kan juga dokumen pendaftaran online tu. Maka yer lepas daftar online perlu submit bukti pendaftaran online tu ke sekolah. 


Oh..jangan lupa selepas tu semak pendaftaran yer. Mana nak edit balik or kemaskini data kene batalkan semula pendaftaran baru lah button kemaskini muncul. 




mAr@ZiEy

No comments: