07 April 2016

.Faraid.

Aku lately mula membaca perihal pembahagian Faraid. Semacam gerun pun ada mengenai pembahagian harta ni sebenarnya if tak sepakat. Putus silaturahim tu di anggap biasa if tak sepakat dalam pembahagian harta.

Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.Menurut istilah syara', faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam.
Aku kongsikan salah satu kisah sebenar dari sorang yang bekerja dalam pengurusan harta ni:

Baru-baru ini seorang wanita- Puan Emma (nama samaran) telah menalipon saya. Puan Emma juga bersetuju untuk berkongsi pengalaman beliau di laman ini.
Suami Puan Emma baru beberapa bulan meninggal dunia. Dia tidak tahu nak buat apa. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil lagi dan Puan Emma adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
Menurut Puan Emma penama bagi Tabung Haji, KWSP dan insuran adalah ibu mentua. Keluarga ibu mentua telah mengeluarkan kesemua duit tersebut tanpa memberi sedikit pun pada beliau.
Yang tinggal dibawah nama suami adalah rumah yang beliau tinggal yang bernilai lebih 2 juta. Dia pernah minta suami membuat perancangan harta tetapi suami berkata beliau tidak rasa keluarga beliau akan mengambil harta atau berebut harta dengan keluarga beliau.
Menurut Puan Emma segalanya berubah setelah keluarga mentua mendapat duit tersebut.
Dia dimarahi bila nak ambil peguam bagi menguruskan harta pusaka suami. Dia juga dimarahi bila mahu menuntut harta sepencarian.
Untuk tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, Puan Emma perlu melantik peguam syarie. Maksimum yang boleh di beri oleh hakim cuma 50% sahaja. Puan Emma perlu membuktikan bahawa dia juga memberi sumbangan terhadap harta sepencarian tersebut. Agak sukar bagi seorang surirumah untuk berbuat demikian. Tuntutan harta sepencarian juga memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa.
Puan Emma juga perlu melantik peguam sivil ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk harta lebih 2 juta bagi mendapatkan PERINTAH PEMBAHAGIAN. Dengan perintah pembahagian barulah boleh tukar nama rumah dari nama suami sebelum faraid dapat di jalankan.
Selalunya kos peguam sivil adalah antara 5-10% dari nilai harta semasa (nilai kasar). Contoh kos peguam bagi rumah 2 juta kali 5% adalah RM 100,000. Kadangkala kos ini tidak termasuk fi-fi rampaian (fi adalah anggaran dan berbeza mengikut syarikat)
Puan Emma juga perlu menyelesaikan hutang suami seperti upah haji, hutang kad kredit, LHDN, pinjaman perumahan dan lain-lain.
Dimana Puan Emma nak dapatkan duit untuk membayar kos pengurusan harta pusaka sedangkan beliau tidak bekerja? Anak pula masih kecil lagi.
Duit tunai semuanya telah di bolot oleh keluarga mentua.
Inilah realiti kehidupan.
Keluarga mentua memang ada hak terhadap sebahagian dari harta tersebut. Namun hak itu datang dengan tanggungjawab memelihara kebajikan Puan Emma dan anak.
Apakah pengajaran yang kita dapat dari kisah ini?
Adakah kita juga akan meninggalkan waris dalan keadaan memudaratkan?
Sebelum kita menegur orang lain pastikan kita sudah melakukan tanggungjawab dan amanah kita.
Mereka yang terlibat pastinya mempunyai sebab mereka sendiri untuk bertindak sebegitu, Dan mereka semua mempunyai pendapat yang berbeza bedasarkan pengalaman dan pandangan masing-masing,
Yang penting pastikan menpunyai ilmu dan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai hukum harta dan pewarisan berlandaskan syarak. Ilmu ini penting untuk empunya harta dah waris-waris yang ditinggalkan.
Faraid, pewarisan dan pengurusan harta adalah ilmu yang paling banyak disalah tafsir kerana ketiadaan ilmu ini oleh kebanyakan umat islam di Malaysia kerana melibatkan system perundangan sivil dan syariah.
Jangan jadikan kejahilan ilmu menjadikan kita punca kepada kepada kemudaratan kepada diri kita sendiri apatah lagi waris-waris yang kita sayangi.
Dapatkan ilmu ini dari mereka yang memang Ahlinya (berilmu dan mempraktikannya)
Sama-sama kita merancang harta agar kita dan waris-waris kita tidak teranaiya.
Semoga perkongsian dari Puan Emma ini memberi manfaat.

..Aku da lihat 2 situasi dalam pembahagian harta ni, situasi di mana semua waris sepakat dan sebulat suara & situasi di mana waris mempunyai pendapat dan pandangan peribadi di mana ianya di pengaruhi oleh orang luar (mereka yang tiada hak langsung dalam pembahagian harta ni). Kagum sebenarnya bila adik-beradik sebulat suara sepakat dalam pembahagian harta peninggalan ni, tak perlu bermusuh sesama sendiri. Aku juga pernah berhadapan dengan orang yang luaran nampak masyaAllah wara' hakikatnya tamak haloba. Betul kata orang orang wara' ni jangan di lihat pada luaran sahaja, tetapi nilainya dari dalaman juga. Makin wara' seseorang tu makin kuat godaan syaitan padanya. 

Aku akan kongsikan salah satu laman web yang buat 1 aplikasi pembahagian harta mengikut Faraid.

http://faraid.usm.my/msl/faraid.asp 


Dan aku juga baru juga pelajari or fahami tatacara penukaran nama or pengambilalihan harta kepada si waris ni mempunyai 1001 macam permasalahan terutama dari segi kos. No wonder ramai betul rakyat Malaysia tak menuntut duit KWSP, duit SOCSO, duit Saving dalam bank bagi pihak si mati. Seeloknya kita pelajari serba sedikit cara dalam menyelesaikan permasaalahan pembahagian harta ini menurut hukum hakam Islam 

mAr@ZiEy

No comments: