19 April 2016

.Sukan Tahunan 'Aish & Anna.

Tanggal 17hb 2016 - Sukan Tahunan Tadika Khalifah Bestari berlangsung. Berlangsung di Dewan Badminton GMI, lokasi sama macam tahun lepas. Dekat sangat dengan rumah so takde la ktorg rushing sangat nak bersiap, hakikatnya aku memang bangkit awal kemas rumah settlekan segala kerja rumah sebelum keluar. Jam 530am da bangkit. Puas ati kot kemas rumah dan settlekan kerja rumah sebelum keluar so takde lah meroyan balik rumah nanti. Buat breakfast sandwish telur ja request by 'Aish. By 745am da kene berkumpul di GMI untuk sesi pemakaian pakaian seragam rumah sukan masing-masing.

Tahun lepas 'Aish rumah sukan Hijau, tahun ni rumah Kuning. Anna pulak rumah Biru. Seronok 2 beradik tu. Tp Anna baru baik dari demam so dia kurang cargas pagi tu. Tapi seronok la sebab dapat pakai baju sukan, seminggu aku tahan dari depa pakai..Hihihi



Rumah Kuning bermaskot TIGER



Rumah Biru bermaskot KERETA (???)





Sebelum perarakan masuk ke dewan dorang kene beratur di luar dewan, pakai hiasan di atas kepala tu.. Ade video, banyak sangat videonya. Hubs dok jaga Amily. Amily makan je kejenya dalam dewan tu, di rumah payah nak makan. Lantak la nak..janji kamu makan. Seronok tengok dia makan banyak time tu.. =) . Mama dok luar tengok keletah budak-budak. Ade yang menangis, ade yang tak mau masuk barisan, ade yang tertido. Hai la..memacam ragam kanak-kanak. 

Acara pertama, Bannat 5tahun (Acara Anna)


Koleksi dari cikgu Nurul (guru kelas Anna)
Rumah Biru & Kuning takde =)


Juara keseluruhan di menangi rumah Kuning 
'Aish ckp dia anak pertama maka yer dia no 1 la..heh


Naib Juara di menangi rumah Biru
Anna anak no 2, so Anna dpt no 2 la..heh

Acara ibubapa ade, tapi idok la teman nak masuk, ahkak pemalu..ceh..Overall semua berjalan lancar. Paling tak menahan tu, parents terlebih semangat tau..Aku dok la tepi nak record video kiddos sukan, parents belakang aku terlebih semangat. "Kuning..cepat kuning..kuning cepat..alaaa..cepat la..ape ni rumah biru ngelat..ape ni.." Tergelak je aku kt depan dia tu..kemain semangat. But good la sebab parents semangat kesukanan camtu..hihi..Majlis abis awal 1130am da smpai rumah..fuhh..balik rumah penat then semua tido dengan medal masing-masing..Sabo je la..

mAr@ZiEy

No comments: