03 June 2016

#4 : Milo Breakfast Day 2016

Dari awal tahun 2016 aku da menunggu registration #MBD2016 ni, sebab memang event yang di tunggu saban tahun rasanya. Sebab nak minum air milo dari van milo sepuasnya secara FREE!!.. Also breakfast secara berjemaah, open table besar punya. Aku sarankan tahun depan join 1 family lagi best, seronok wei tengok anak beranak lari sesama. Ade tu anak menangis sebab tak nak lari la, sepanjang 3KM la anak dia menangis menjerit non-stop, tapi jalan jugak tu sampai Finisher. Tabah betul si ayah tu, salute Bro. 

As usual aku plan lari sorang diri je. Tetapi ade peserta last minit, 'Aish bangkit awal then nampak aku bersiap then pakai baju ade bib no. Dia da tau da if ade bib no tu makna yer aku nak lari la tu. 'Aish & Anna memang menunggu aku lari sebab depa nak ikut, tapi since kes 7KM tu aku da tobat nak bawa dorang, then pikir balik. Ok la kot aku lari 3KM je la walaupun asalnya aku lari 5KM. Dek kerana 'Aish ikut aku lari 3KM je, lari santai.




'Aish marah aku time ni sebab dia nak duduk depan sekali, da tak boleh ke depan da sebab orang da stop sambil tunggu di lepaskan. Dia kalau boleh nak lari dulu dari orang lain haha..mana boleh kan. Maka yer kami stuck di situ. Lautan Hijau betul pagi tu, 'Aish takde baju hijau maka yer pakai baju putih je. Orang cakap jogging or lari ni memenatkan dan kalori lambat hilang, pada aku setakat nak senaman santai ok je, bawa seisi keluarga bersenam bersama. Nak sihat kene la bawa sekali orang tersayang, jangan untuk diri sendiri je nak sihat, balance kan diri dan keluarga gitu. 






Permulaan lari la jugak, then 'Aish da mula penat, aku lari dia marah, bila berjalan dia merajuk sebab aku jalan lambat. Dia da kedepan aku still di belakang, 1km terakhir dia da start lari laju, aku kejar la dia takut hilang. Laju juga anak dara tu lari, ade ciri-ciri menguasai kebolehan Mama ni as Olahragawati ni..hahaha..  Aku kalau boleh nak anak-anak aku aktif sukan outdoor compare indoor. Lentur dari awal yer dak..hihi


Kali ni peserta di jangka seramai 14k orang sertai #MBD2016 ni. Tu yang berdaftar, yang non register tu pun ramai. Sebab tu kali ni depa bagi booth utk pembahagian medal & goodies. Yang seronok #MBD ni ialah goodies yang depa bagi banyak dan menarik. Seronok betul. 


Medal #MBD2016 - Lawa custome made medal kali ni




Lepas lari ade persembahan Zumba, Capoeira, Cheerleaders, etc.. MC kali ni adalah Hanif dari ERAFM & spe ntah perempuan sorang lagi. EraFM & HotFM ade buat siaran luar juga pagi tu, sempat lah jumpa Ray, Hanif, Ajak Shiro & Haziq. Seronok. Apa-apa pun tahun depan 1 family akan join, fee pun murah if 1 family.

mAr@ZiEy

No comments: