03 June 2016

.Exam Pemilihan Darjah 1.

Sehari sebelum #MBD2016 tu, 'Aish ade exam kemasukan di SRAIBBB. Ade 603 calon semuanya. Yang terpilih dalam 200++ rasanya. Kita mencuba je, if ade rezeki 'Aish bersekolah di situ, Alhamdulillah. Why pilih SRAI??.. Sebab sekolah agama & sekolah tu sesi pembelajaran dari pagi ke petang siap makan tengahari di sediakan. Memang idaman setiap ibu bapa yang ada la kot. Persediaan buat 'Aish biasa je takde la mendesak sangat, kita ikut style dia belajar je. 'Aish bab nak belajar dia takde masalah apa-apa sebab tu kami tak mendesak sangat, 10 buku latihan dia buat habis, kami just repeat balik je buku-buku latihan tu. Walaupun soalan SRAI ada yang rasa susah bagi tahap budak 6 tahun. 

Angka giliran 'Aish ialah 013/603 : Dia kene duduk dalam kelas 1 sebab 30 pelajar terawal daftar. Abis aku 1 April da pi register sebab kejarkan buku koleksi soalan peperiksaan. Punya la risau abis kan..hihi. Dalam kelas 1 ade 2 orang kawan seTadika dia, kemain seronok dia jumpa kawan dia. Hilang nerves aku (eh aku yang nerves..hihi) . Actually aku nerves sebab 'Aish tak pernah alami situasi peperiksaan. Tadika dia tak amalkan sistem peperiksaan cuma penilaian one by one camtu di sekolah. 830am - 1130am waktu exam. Kematu mak tunggu dia abis exam, tapi dia boleh borak-borak dalam kelas dengan kawan dia. Main solek-solek bagai. Sabo je la..


Kelas 'Aish belah kiri

Sementara anak exam, ibu bapa di beri taklimat.

Moga ade lah rezeki 'Aish di sini if takde kita try Kafa Integrasi ke, Sekolah Pendidikan Islam under Prof Dato Dr Harun Din tu. 

mAr@ZiEy

No comments: