01 June 2016

.Hari Ibu.

Syukur tahun ni tahun ke 6 aku di hargai as Ibu. Maka yer aku di beri penghargaan bila tiba Hari Ibu Sedunia. 6 tahun jadi ibu pada ku sangat cetek lagi ilmu keibuan aku ni, kene lebih gali dan gali serta praktik kan dengan cekal dan berterusan. Orang yang belum mempunyai anak mengharap sangat title ibu di beri pada mereka. Adakah mereka sedar yang title Ibu tu adalah 1 title yang sangat lah berat dan besar untuk di pegang. Tak perlu di bangga sangat if kita ada title Ibu tapi anak-anak tidak merasa yang kita ni as ibu mereka tetapi orang lain tengok kita as Ibu depa da rasa bangga dengan sebut ayat "Waaa..da jadi Ibu".. Kadang terfikir gak..kenapa lah depa kagum sangat aku jadi ibu ni.. T___T

Tahun ni takde la celebrate apa-apa, as usual di Tadika ade sesi Art & Craft. 'Aish & Anna di minta buat kad untuk ibu dorang..



Kad buatan Kaka 'Aish

'Aish sangat suka buat ayat, kadang dia boleh leka dengan pensil kertas sambil mengarang ayat sendiri. Banyak da kad ucapan dari dia, kadang tu bila dia takde ayat nak buat dia minta kita buat ayat then dia akan tulis atas kertas then bagi pada kita. Selalu dia akan repeat balik ayat-ayat yang cikgu dia bagi di tadika. Kadang tu tak jumpa kertas ke pensil ke pen ke..phone Mama or Abah jadi mangsa send message pada Atok. Tau-tau je ade message masuk berderet dari Atok. 



Kad buatan dari Kakak Anna

Anna kurang suka mengarang macam kakak 'Aish tapi dia bab art dia suka. Tapi mewarna dia tak suka. Bab tampal ke gunting ke dia suka. Setiap anak berbeza, if 'Aish suka mengarang Anna suka bercerita secara lisan. 

Both of you always make me happy & be a hulk hogan. Mana ade anak tak bikin Ibu jadi hulk hogan kan..If ade tu kira beruntung sangat. Selamat Hari Ibu pada semua Ibu-Ibu semua.



mAr@ZiEy

No comments: