14 June 2016

.Tips Ajar Anak Berpuasa.

9 Ramadhan 1437H, masuk minggu ke 2 berpuasa. Tahun ni tahun baru buat 'Aish sebab dia bakal di ajar berpuasa. Actually dia 2 bulan sebelum berpuasa lagi da sibuk tanya bila nak puasa, bila nak kejut dia sahur. Sebab di tadika cikgu da ajar dengan lebih detail, masa umur 5 tahun cikgu hanya ajar apa itu Puasa. Tahun ni lebih detail. Dalam masa 2 bulan sebelum Ramadhan aku ajar dia, "If U nak puasa, U kene solat 5 waktu dulu, tak solat tak boleh puasa".. Since dengar aku warning camtu, memang dia full solat 5 wakt. Pergi rumah babysitter pun dia suruh aku remind pengasuh dia supaya tengok dia solat Zohor & Asar. Kain telekung memang bawa ke hulur ke hilir.

Ingat, puasa hanya rukun Islam ke 3, perlu di utamakan ialah Solat 5 waktu dulu iaitu rukun Islam ke 2, jangan ajar anak secara mendesak tetapi ajar anak bila dia sendiri rela dengan sendiri. Bermacam cara sebenarnya nak tarik anak berpuasa, aku kadang jeles bila anak kawan ku yang sebaya 'Aish dapat berpuasa full..Tp puasa adalah tanggung jawab ke 2 kita untuk mengajar anak, utamakan solat terlebih dahulu.. Seminggu sebelum puasa, aku keep remind 'Aish yang minggu depan kita akan berpuasa, siang hari tak boleh makan minum, milk pun tak boleh, sampai azan ke 4 (Maghrib). 

Sahur pertama, agak susah juga nak kejut, tapi sebab lampu terpasang dia bangkit juga. As usual dia memang takde selera makan nasi. Eh sebelum terlupa, sebelum aku kejut dia sahur, aku akan bagi dia minum susu sebotol dulu. Iyer 'Aish masih hisap susu dalam botol lagi. Aku okay je asalkan dia nak minum susu..hihi.. Time sahur aku buatkan Oat + Nestum. Makan banyak juga then bagi dia minum air masak, kurma sebiji. Hari pertama puasa tewas juga sebab nampak adik dia makan. T______T

Hari ke 2 sahur, masih sama Oat + Nestum, sesambil aku makan suap 'Aish sekali. Actually tu makanan sahur aku juga..hihi.. Hari ke 2 puasa asingkan dengan adik, minta pengasuh asingkan 'Aish if adik nak makan, jam 12pm dia da start letih. Msg pengasuh biarkan je dia makan minum if dia nak. Tetapi dia tak nak, katanya sayang..dia nak puasa juga. Jam 4pm msg pengasuh lagi, pengasuh cakap 'Aish still puasa. Tau tak feeling sorang ibu bilamana anak sulung dapat bertahan lapar dahaga sampai jam 4pm. Menitik gak air mata ni..hahaha.. **ini perkara betul yer..hihi**.. Terus msg hubs beritahu ambil awal sebab anak puasa buat julung kalinya. Kemain kan..

Ambil dari rumah pengasuh kita bagi reward la sikit bawa dia pi beli juadah di Bazar, kemain tau semua nak..tapi tak la semua kami beli untuk dia, still bertapis. Sesampai di rumah dia da start merengek nak minum, makan..Offer juga dia makan minum tapi dia tak nak, lagi beberapa minit nak berbuka dia da makan, T__________T. Keciwa juga la kan sebab dari pagi tahan lapar dahaga tapi nak buat macam mana, nama pun kanak-kanak.

Esok kita kejut lagi sahur sebab 'Aish sendiri remind malam tu supaya kejut dia sahur. Oat + Nestum jadi makanan sahur kami 2 orang, Abah makan nasi. Till jam 5pm, pengasuh message beritahu 'Aish still berpuasa, ok this time takde la air mata tumpah..hihi.. Sesampainya di rumah pengasuh 'Aish segar je, tak macam semalam sangat lemah sebab penat. Dia request buku, as usual dia ulat buku, beli kan buku. Sampai rumah dia ralit dengan buku sampai la waktu berbuka. Alhamdulillah berjaya puasa tanpa paksaan anak sulung ku ni. 

Bukan banyak pun tips aku gunapakai ni, paling penting jangan paksa anak untuk berpuasa, if dia rasa dia nak puasa, kita support, offer dia makan or minum if nampak dia letih. Jika dia tak mau juga berbuka sokay, kita bagi dia rehat. Rewardkan mereka dengan something yang melekakan dorang, ade orang offer duit, tapi kami bukan sejenis orang yang ajar anak duit sangat. If anak suka Hot Wheel, offer dia if dia puasa penuh 2 ari penuh dapat 1 car..Try manipulate anak, setiap parents tau how to manipulate anak kan. 

Setakat hari ini 'Aish berjaya puasa penuh walaupun godaan adik-adik sentiasa ada sebanyak 5 hari. Permulaan yang sangat baik, minggu ni agak letih berganda sebab sekolah da bermula, 1st day sekolah da tewas sebab letih sangat, sokay kakak. Mama dapat bagi pensil je sebab puasa sampai jam 2pm..Hehehe..Maka ye Mama kene beli 1 rak buku or box khas untuk buku-buku 'Aish la.

mAr@ZiEy

2 comments:

Ciare Baha said...

Tapi macam mana kalau tanya dia nak puasa tak? Dia jawab tak. Dia lapa. Padahal baru sahur (7am) dan time tanya tu kul 8am :D :D Haiyyyyaaa

mAr@ZiEy said...

Ciare, bg je makan..then nnti cakap next makan time sekian..sekian..jangan push sudah..Nama pun budak-budak..hihihi