30 November 2016

.Kemasukan ke Sekolah SRAI.

SRAI singkatan bagi Sekolah Rendah Agama Integrasi. Sekolah rebutan para ibu bapa di Selangor & Wilayah. Kenapa rebutan?..Sebab pertama ianya adalah sekolah agama. Kedua waktu persekolahan tak sama dengan sekolah kebangsaan dimana waktu persekolahan SRAI bermula jam 7.30am - 3.30pm. Akademik & Agama di 1 sekolah sahaja. SRAI hanya ada 11 buah di daerah Selangor. Eh ku hanya berbicara di SRAI area Selangor je tau. Walaupun di Wilayah pun ada SRAI. 


..sumber dari portal SRAI Selangor..

Pendaftaran SRAI selalunya di buka selama sebulan bermula April. Maka yer parents kene alert bab ni jika mahukan anak belajar di SRAI. Why kene alert sebab semasa pendaftaran, akan ada sekali Buku Panduan & Contoh soalan peperiksaan kemasukan SRAI. Borang pendaftaran hanya di edarkan di pejabat sekolah SRAI kawasan anda. Makanya kene la ke pejabat sekolah pada waktu pejabat di buka. Buku panduan berharga RM10 sebuku. Limited buku panduan ni. Sapa cepat dia dapat kaedahnya. 


..Borang kemasukan..

Oh sebelum terlupa. Perlu di ingatkan sebelum mendaftar anak ke SRAI, WAJIB mendaftar anak ke Sekolah Kebangsaan terlebih dahulu. WAJIB ya!. Salah 1 syarat WAJIB mendaftar anak ke SRAI. Borang pendaftaran perlu di lampirkan sekali bukti yang anak sudah berdaftar di Sekolah Kebangsaan. Maka yer parents kene alert akan pendaftran 2 sekolah. 

..Antara Buku Panduan & Koleksi Soalan SRAI, (belah kiri tu latest)..

Tips anak berjaya masuk SRAI??..Macam ku, ku korek segala tips dari officemate yang mana anak-anak dorang bersekolah di SRAI. Paling penting anak sudah pandai membaca bahasa melayu, english, jawi serta arab (basic), mengira, mewarna. Soalan exam kelayakan meliputi 6 subjek : Bahasa Melayu - English - Jawi - Arab - Matematik - Sains. Susah sangat ke soalan exam kemasukan tu?.. Masa memula baca koleksi soalan latihan tu macam..WOW..susahnya untuk budak 6yr. Tetapi sebenarnya di Tadika memang da di dedahkan dengan soalan sebegitu rupanya. Perbanyakkan latihan untuk anak, kalau boleh beli buku latihan darjah 1. Kebanyakkan soalan lebih cenderung pada soalan di peringkat darjah 1. Jangan susah hati, begitulah sistem pembelajaran sekarang. Even di Tadika da di ajar asas soalan darjah 1. 

Kalau rajin, google sahaja koleksi soalan latihan darjah 1. Compile kan semua then print out, jangan tumpu pada koleksi dari buku panduan semata. Perbanyakkan soalan lagi bagus. Exam akan bermula awal pagi selama 4 jam. Ujian bukan setakat ujian bertulis semata tetapi ada juga ujian bacaan. Akan di panggil sorang demi seorang datang ke depan dan di minta membaca text yang di beri. Keputusan ujian akan di keluarkan sebulan selepas ujian. Boleh semak di laman sesawang JAIS 

Seandainya anak kita BERJAYA memasuki SRAI, perlulah memberi keputusan segera kepada pihak sekolah dengan memberi slip lampiran jawapan yang di sertakan bersama surat tawaran sekolah. Part ni sangat penting ya!. Kerana ada sesetengah parents sengaja mendaftarkan anak mereka menduduki UKS ni untuk lihat kemampuan anak dorang semata untuk ujian di sekolah lain. Ya, itu pengakuan sendiri dari pihak sekolah. Pada mulanya macam tak percaya jugak tetapi ada ya!. Bila anak mereka sudah di terima masuk sedangkan anak mereka akan bersekolah di sekolah lain, makanya kuota akan bagi anak tersebut akan di ganti dengan mereka yang membuat rayuan kemasukan. Ya, ada juga sistem rayuan. Boleh mohon sejurus keputusan UKS di keluarkan. 

**Kita akan bersambung pula step selepas BERJAYA dlm UKS di next entry ya!**

mAr@ZiEy

1 comment:

Adam said...

Begitulah sekarang ibu bapa ambik berat anak sekolah